entertainment

Siti Nurhaliza Kembali Ke Royal Albert Hall London

Ada ura-ura yang mengatakan penyanyi nombor satu negara ini bakal beraksi di pentas megah Royal Albert Hall di London lagi. Tak pasti pulak saya sama ada ini benar-benar akan berlaku atau masih dalam perancangan atau gosip semata-mata. Tapi ini yang aku nampak dekat Twitter milik Kak Rozi. Mungkin ada betulnya kot? Masih dalam perancangan tapi mahu digerakkan ke arah itu. Kalau betul menjadi kenyataan pun harap idea yang jauh lebih bernas dan kreatif dibawa ke sana. Mekanisme pun perlu lebih teratur dan lari daripada ‘kebiasaan’ sebab takut cliché dan membosankan. Sebagai peminat, aku teringin juga tengok sekali lagi Siti nyanyi dekat sana tapi lebih bertenaga dengan rangkaian lagu yang lebih ada jiwa, lebih kena dan sesuai. Kalau diingat balik dulu banyak sangat lagu dari album terbaru dia masa tu, Prasasti Seni, sedangkan lebih bnyak lagu dia yang lain lagi layak untuk dipilih. Dress yang dipakai Siti Nurhaliza waktu tu pun cantik gila dan sangat gojes. Harap kekalkan guna khidmat pereka fesyen yang sama atau sekurangnya sebaik yang itu. Yang sekarang ni? terlalu banyak sangat ropol rambu ramba, manik-manik segala. Penat mata peminat yang tengok dengan rekaan baju terlalu berat dengan detail macam sekarang ni. Macam sarkas dah. Sedangkan kecantikan Siti sangat natural dan perlu dibiarkan loose sebegitu rupa.

Cover image via

Siti Nurhaliza ke London 2014?

Image via wordpress.com
Image via wordpress.com
Image via wordpress.com

  Ada ura-ura yang mengatakan penyanyi nombor satu negara ini bakal beraksi di pentas megah Royal Albert Hall di London lagi. Tak pasti pulak saya sama ada ini benar-benar akan berlaku atau ma...

wordpress.com

You may be interested in: