Suki Mohon Waran Tangkap Atas Hutang RM417,575.17 Oleh Galaxy Music
Pemenang 'One in A Million', gadis jati Suki Low telah memohon waran tangkap terhadap bekas syarikat pengurusannya Galaxy Music. Selepas kes dakwa tahun lalu terhadap Galaxy, mahkamah memutuskan Suki layak menerima wang ganti rugi sebanyak RM417,575.17 kerana syarikat tersebut didapati tidak mengikuti perjanjian dalam mempromosikan album tempatan yang diterbitkan. Namun demikian, Galaxy belum lagi membayar pampasan wang itu. Untuk mengikut susulan kes ini, kliklah 'Follow this story'!
Galaxy Music hutang Suki RM417,575.17
Penyanyi Suki Low melalui peguamnya memohon perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas syarikat pengurusannya Galaxy Music Sdn. Bhd pada Jumaat.
mstar.com.mySuki terpaksa memohon daripada pihak mahkamah untuk memanggil pengarah Galaxy untuk menjelaskan kegagalan atau keengganan mereka membayar wang tuntutan berjumlah RM417,575.17.
mstar.com.myBiarpun telah memenangi tuntutan di mahkamah dengan bekas syarikat pengurusannya, Galaxy Music pada Ogos lalu, Suki masih belum menerima bayaran seperti yang diarahkan oleh pihak mahkamah.
gua.com.mySuki bertindak sedemikian apabila pihak syarikat berkenaan tidak menghadirkan diri ke mahkamah sebanyak dua kali bagi menyelesaikan wang tuntutan yang diperolehnya.
mstar.com.mySuki diperdaya syarikat pengurusan Galaxy Music
Suki Low masih belum menerima jumlah wang yang telah dijanjikan sebanyak RM417,575.17.
terbakor.comPada Ogos tahun lalu, Suki mendakwa Galaxy hanya menghasilkan album tempatan yang tidak pernah diedarkan pada peringkat antarabangsa.
budiey.comSuki didorong menandatangani perjanjian pengurusan artis yang mengandungi terma-terma yang berat sebelah dan tidak saksama kepadanya.
budiey.comSehubungan itu mahkamah memutuskan Suki layak menerima wang ganti rugi sebanyak RM417,575.17 selepas syarikat tersebut didapati tidak mengikuti perjanjian.
budiey.comAyuh kenali latar belakang anak jati Negeri Sembilan
Low Sook Yee atau lebih dikenali sebagai Suki juara pertandingan realiti One in a Million yang pertama di Malaysia menawarkan hadiah sejuta ringgit.
wikipedia.orgSelepas bergelar juara One In A Million, peminat menubuhkan sebuah laman web berinteraksi serta berkongsi info penyanyi kesayangannya.
proboards.com