Kereta Budak Dan Banyak Lagi Cara "Gila" Orang Kita Guna Semata-Mata Nak Angkut Slurpee

'Slurpee' punya pasal, orang kita sanggup lakukan apa saja.

Setiap tahun, 7-Eleven mengadakan promosi #BYOCupMy di mana orang ramai boleh datang ke mana-mana premis 7E untuk beli minuman paling popular 'Slurpee' TANPA HAD pada harga yang sangat rendah

Untuk kali ini, promosi ini baru saja berlangsung pada Sabtu dan Ahad lepas. Difahamkan juga, pihak 7E turut mengadakan pertandingan pose paling menarik dan pemenang bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa iPad, iPhone dan macam-macam lagi.

Memang tiap-tiap tahun pun, rakyat Malaysia akan jadi "gila" dengan promosi ini. Masing-masing tak nak lepaskan peluang untuk beli minuman 'slurpee' kegemaran mereka ini sebanyak yang mungkin. Ada yang pakai periuk dan bekas besar...

...dan ada juga yang penuhkan 'slurpee' dalam balang-balang gergasi. Boleh habis ke bang?

Tin biskut also can. Harap-harap tak kena diabetes.

Tapi itu mungkin biasa lagi. Kalau isi dalam briefcase ni macam mana?

Tin minyak Castrol? Tak berminyak ke kak?

Datang 7E pakai rollerblade, minum 'slurpee' pun dalam rollerblade. Ini memang next level!

Betapa sedapnya 'slurpee' sampai letak dalam kasut pun masih tak ada effect rasanya

Pasu ni nampak macam baru beli. Cantik!

Rupa-rupanya, paip yang selama ni digunakan pada sinki ada function lain jugak. Baru tahu.

Gaya bawak pistol tu macam nak mencuri. Tapi pistol air je rupanya.

Mungkin beer dah jadi terlalu mainstream? Maka diubahsuai menjadi 'Slurpee Tower'!

Shisha turut terkena penangan apabila botolnya diisikan dengan 'slurpee'. Kami yakin inilah shisha paling sedap di dunia! Slurrpp~

Selalunya orang akan baca magazine masa potong rambut. Tapi brader ni lain sikit. Harap rambut tak masuk dalam bekas tu lah ya.

Ada jugak yang kreatif, siap buat hiasan sikit guna 'slurpee'. Yang hijau tu pulau, yang biru tu air laut.

DIY buah-buahan tempatan. Tembikai boleh, nenas boleh, kelapa boleh...

...durian pun boleh!

Kapsyennya berbunyi: "Oh Mama, I need your 'slurpee'."

Baru balik dari site mestilah haus kan? Jadi inilah masa yang terbaik untuk pekena 'slurpee' bagi menghilangkan dahaga.

Terlupa bawa bekas ke 7E? Jangan risau, guna je plastik 7E. Boleh beli kat kaunter dengan harga 20 sen.

Kalau pakai beg 'Hypergear' ni pun ok jugak sebab beg ni kalis air. Jadi, dapat nikmati 'slurpee' sehingga titisan terakhir.

Apa lagi yang kalis air? Nah, isi dalam drawer. Botingkek-tingkek terus jadinya.

'Slurpee' + alam semula jadi = TERBAIK!

Kami rasa inilah yang paling WIN sekali. Pakai kereta budak-budak je. Dah macam isi minyak.

Yang ni pun boleh tahan jugak. Cuma kami rasa agak mencabar nak minum kalau masa moto tengah bergerak.

Tapi daripada semua, kami sangat tergamam, ternganga, dan speechless lepas tengok gambar ni. Anda rasa?

Isi slurpee dalam 'glove compartment' kereta. Wow!

Image via Facebook Mohd Hafizuddin

Ok, that's enough. Jom kita layan 'slurpee'! :D

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment