Ahli Matematik Di Jerman Ramal Belanda Bakal Dinobat Juara Piala Dunia 2026

Difahamkan, sudah tiga kali ramalannya didapati tepat.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ahli matematik Jerman, Joachim Klement meramalkan Belanda bakal menjadi juara Piala Dunia 2026

Ramalan ini berbeza dengan pilihan peminat yang rata-rata memilih Sepanyol atau Perancis untuk menjuarai temasya bola sepak paling berprestij di dunia.

Dilaporkan oleh Berita Harian, Klement sebelum ini telah berjaya meneka dengan tepat tiga juara Piala Dunia terdahulu iaitu negaranya sendiri, Jerman pada tahun 2014, Perancis pada tahun 2018 dan Argentina pada tahun 2022.

Model statistik Klemen telah berjaya mengenal pasti juara pada tiga Piala Dunia itu dan telah mendapat perhatian meluas daripada ramai peramal bola sepak kerana pendekatannya yang tidak konvensional.

SAYS.com
Image via MebFaber

Matlamat asal membuktikan meramalkan pemenang Piala Dunia hampir mustahil

Dia juga mengakui terkejut apabila modelnya untuk meramal dengan betul ketika Jerman telah memenangi kejohanan 2014.

Menggunakan kaedah itu, dia kini menjangkakan Belanda akan menewaskan Sepanyol di separuh akhir dan akan berjumpa dengan Portugal di perlawanan akhir untuk menjulangi trofi Piala Dunia.

"Kali pertama saya berasa ngeri apabila Jerman menjadi juara dunia di Brazil, terutama kerana pakar menegaskan tiada pasukan Eropah pernah memenangi Piala Dunia di Amerika Selatan,"
katanya.

SAYS.com
Image via Goal

Model ramalan ini menggabungkan beberapa petunjuk sosioekonomi dan sukan, termasuk KDNK per kapita sesebuah negara, saiz populasi, kepentingan budaya bola sepak, ranking dunia pasukan kebangsaan dan elemen rawak terbina dalam yang memainkan peranan penting dalam sukan tersebut.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak mengambil ramalannya dengan terlalu serius.

"Ia sesuatu yang tidak rasional sepenuhnya.

"Seperti bermain loteri, Saya selalu berkata, jika ada sesiapa yang membuat pertaruhan berdasarkan ramalan saya mengenai juara dunia seterusnya, mereka memang tidak boleh diselamatkan.

"Ia seperti melambung syiling. Anda mungkin meramalkan syiling itu akan mendarat pada bahagian kepala empat kali berturut-turut dan ia mungkin berlaku. Tetapi itu tidak bermakna perkara sama akan berulang pada percubaan berikutnya,"
katanya lagi.

SAYS.com
Image via Olympics

Belanda adalah negara yang tiga kali pernah ke final Piala Dunia dan menjadi satu rekod paling banyak tanpa pernah memenangi kejohanan itu.

Skuad Belanda kendalian Ronald Koeman akan memulakan kempen Piala Dunia 2026 menentang Jepun pada 14 Jun ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik