Cikgu Hadiahkan Kasut Baharu Untuk Murid Buat Ramai Tersentuh – “Jarang Tengok Dia Senyum”

Baiknya hati cikgu, semoga terus dimurahkan rezeki!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @umarhanip_781 (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang guru menyentuh hati ramai apabila berkongsi momen menghadiahkan sepasang kasut sekolah baharu kepada seorang murid yang selama ini memakai kasut yang sudah terkopak dan koyak

Menerusi perkongsian di Threads, guru berkenaan mendedahkan dia tidak sampai hati melihat keadaan kasut murid tersebut yang sudah tidak lagi sesuai dipakai ke sekolah.

Menurutnya, sebaik menerima kasut baharu itu, murid berkenaan terus mengukir senyuman yang jarang sekali dilihat sepanjang berada di dalam kelas.

"Kasut terkopak koyak, cikgu dah belikan yang baru. Jarang tengok dia senyum dalam kelas, hari ini pertama kali nampak dia senyum," tulisnya.

Namun, guru itu turut berseloroh apabila menyedari murid berkenaan masih belum mempunyai stoking sekolah.

"Stokin pula tak ada. Nak kena ni," katanya sambil disertakan emoji ketawa.

Dalam masa sama, guru tersebut berkata dia tidak kisah bagaimana sekalipun perangai murid itu kerana baginya, keperluan asas persekolahan tidak sepatutnya diabaikan

Katanya, setiap kanak-kanak berhak hadir ke sekolah dengan kelengkapan yang sempurna agar mereka dapat belajar dengan lebih yakin dan selesa.

Guru itu turut memohon orang ramai mendoakan agar dirinya sentiasa dimurahkan rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat terus membantu murid-murid yang memerlukan.

"Tak kisah la nakal macam mana pun, keperluan sekolah tu tak boleh tengok kalau kurang sana sini. Doakan saya sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik," katanya lagi.

Perkongsian tersebut meraih perhatian dalam kalangan warga maya yang memuji keprihatinan guru berkenaan, selain menyifatkan jasa seorang pendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu, malah menjadi insan yang sentiasa peka terhadap kebajikan anak-anak murid.

Ramai turut tersentuh dengan kata-kata guru itu yang mengingatkan bahawa dalam setiap kesusahan yang dihadapi, masih ada insan lain yang berdepan ujian hidup lebih berat.

Lihat Threads di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik