Datang Malaysia Nak Intern Je, Mat Salleh Dari Belgium Tak Sangka Terjebak Buat Batik Sampai 11 Tahun

Jiwa terus melekat di Malaysia ya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @Ludo.batik (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai pelancong datang ke Malaysia atas pelbagai tujuan, sama ada untuk bercuti, belajar atau bekerja

Namun bagi seorang lelaki dari Belgium ini, kunjungan yang pada mulanya sekadar untuk menjalani latihan industri akhirnya mengubah seluruh perjalanan hidupnya.

Baru-baru ini, perkongsian pengguna TikTok @ludo.batik menjadi perhatian ramai selepas dia berkongsi kisah bagaimana dirinya boleh 'terjebak' dalam dunia batik sehingga menjadikannya kerjaya sepenuh masa.

Menurut Ludo, dia pertama kali datang ke Malaysia pada tahun 2015 bagi menjalani latihan industri. Pada ketika itu, dia tidak pernah menyangka bahawa negara ini akan menjadi tempat tinggalnya untuk tempoh yang begitu lama.

Apa yang lebih menarik, minatnya terhadap seni batik bermula ketika dia berada di Terengganu, negeri yang sememangnya terkenal dengan penghasilan batik tradisional.

Dari situ, dia mula mempelajari teknik pembuatan batik blok dan semakin jatuh cinta dengan warisan seni tersebut.

Kini, selepas lebih sedekad berada di Malaysia, Ludo bukan sahaja menetap di sini malah aktif menghasilkan batik blok di kediamannya sendiri

Minat yang bermula sebagai rasa ingin tahu itu akhirnya berkembang menjadi sumber rezeki dan kerjaya sepenuh masa.

Menerusi video yang dikongsikan, dia turut mempamerkan proses menghasilkan batik blok yang dilakukan secara manual. Ketelitian dan kemahirannya dalam menghasilkan corak batik membuatkan ramai netizen kagum, terutama kerana dia merupakan warga asing yang begitu menghargai budaya tempatan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa bangga melihat seorang warga Belgium bersungguh-sungguh mempelajari dan memartabatkan seni warisan Malaysia.

Perkongsian tersebut secara tidak langsung membuktikan bahawa seni batik Malaysia bukan sahaja berjaya menarik perhatian masyarakat tempatan, malah turut memikat hati warga luar sehingga sanggup menjadikannya sebahagian daripada kehidupan mereka.

Lihat video di bawah:

@ludo.batik

Tahun 2015: ludo datang ke Malaysia untuk buat internship. Tahun 2026: buat batik dalam video tiktok 😅 Life is hard to predict… #batik #malaysiatiktok #life #fyp

♬ SWIPE – ALYPH

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via