Influencer Mat Salleh Mahu Pulihkan Agam Terbiar Di Bukit Fraser, Netizen Pesan Hati-Hati Ada ‘Penghuni’
Mungkin USD5,000 tidak cukup, tapi bagus untuk permulaan.
Cover image via @sinclair_search / TikTokFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bukit Fraser atau Fraser Hill telah lama menjadi destinasi pilihan buat mereka yang mahu percutian dingin tetapi tenang
Baru-baru ini tempat tersebut telah menarik perhatian seorang pempengaruh dari Amerika Syarikat iaitu Sinclair's Search.
Melalui satu video TikTok yang dikongsi, Sinclair teruja apabila menemui sebuah rumah agam kolonial dibina sekitar 1920-an yang telah terbiar ditelan dek zaman.
Dilaporkan oleh Vocket, Sinclair telah berniat dan menanam impian untuk membeli dan memulihkan semula hartanah tersebut dengan bajet USD5,000 (RM20,300).
Sinclair dikenali ramai peminatnya kerana dia meronda dan melawat serata Asia dengan kereta Dodge Challengernya.

'Hotel Projek USD5,000' Di Fraser Hill
Dalam video berkenaan, Sinclair mengatakan Bukit Fraser adalah salah satu lokasi paling aman dan tenang di Malaysia.
Dia juga menunjukkan kereta Dodge Challenger yang berwarna ungu sambil terkilan melihat bangunan bersejarah itu dibiarkan rosak dan terbiar.
"Saya tidak percaya ada orang yang sanggup membiarkan bangunan dari tahun 1920-an ini runtuh dan rosak," kata Sinclair.

Hasil tinjauan dari Sinclair, difahamkan rumah agam tersebut mempunyai 7 bilik tidur, ruang tamu dan dapur luas.
Menurut Sinclair, dia merancang untuk menetap di situ selama 6 bulan bagi membaiki sendiri rumah berkenaan dan menukarkannya menjadi tempat menginap dan bersarapan berkonsepkan British kolonial.
Masih mencari pemilik hartanah tersebut
Satu cabaran besar buat Sinclair adalah untuk memiliki hartanah dan bangunan terbabit kerana dia perlu mecari pemilik sah hartanah tersebut.
Bangunan yang dinamakan sebagai 'Parr' berdasarkan rekod sejarah lama itu sudah tidak lama dijaga.
Dia juga memohon bantuan rakyat Malaysia untuk membantunya dalam menjejaki pemilik atau waris hartanah berkenaan.
Sinclair juga menambah dia memilih Bukit Fraser kerana keunikan kawasan itu yang mengekalkan seni bina kolonial British lengkap dengan pondok telefon merah ikonik dan peti pos klasik.
Netizen berpesan supaya hati-hati dengan bangunan lama
Menerusi komen, ramai memohon Sinclair untuk lebih berhati-hati dengan projek itu di Bukit Fraser.
Ramai mengatakan walaupun 'rumah cantik' yang sudah lama terbiar, pasti ada kisah di sebalik kekosongan rumah agam itu.
Rumah lama yang terbiar selalunya akan mempunyai 'penghuni' dari alam lain.

"Ia berhantu, apa yang anda fikirkan?"
"Katanya tempat tu ada hantu, tapi bagi sesiapa yang tak percaya, tidak menjadi masalah sama sekali" katanya.
"Rumah yang terletak berhampiran Bukit Fraser itu sangat berhantu. Pada ketika itu, terdapat sebuah syarikat produksi perfileman yang sedang menjalani penggambaran filem misteri pada waktu malam. Semasa penggambaran tersebut berlangsung, terdapat sesuatu yang dikesan bergerak di dalam rumah berkenaan."
Ramai juga berpesan bahawa kos USD5,000 adalah tidak akan cukup dan sudah semestinya akan melangkaui bajet untuk membaiki semula kesemua benda yang rosak di rumah agam itu.
Video penuh dibawah:
@sinclairs_search New roadtrip side quest just dropped ⬇️ It pains me to see old architecture fall into disrepair. As recently as 2018, this was a functioning hotel. Does anyone know the ownership? Would love to partner up and document a renovation, as I consider Fraser's Hill to be a premier nature destination on the Malaysian peninsula. We can bring in volunteers, document the process, and showcase the diversity of Malaysian culture throughout. Share it far and wide! #roadtrip #american #malaysia #homerenovation #nature ♬ original sound – Sinclair's Search
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


