Ini Sebab Kenapa ‘Plug’ Belakang Katil Hospital Tak Boleh Digunakan Orang Awam
Jangan sewenang-wenangnya guna plug-plug ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai tidak tahu sebab sebenar plug yang ada di bahagian atas kepala katil jika berada di hospital
Baru-baru ini seorang wanita dengan nama @_4nis telah bertanyakan mengenai soalan ini di Threads.
"Ada yang tahu tak sebab apa kita tak boleh mengecas dekat sini ?," katanya di Threads.
Tanpa disangka ramai orang dari bidang industri perubatan memberitahu sebabnya dan juga dari pekerja-pekerja bidang elektrikal.
Sebab sebenarnya adalah plug itu adalah khas untuk mesin perubatan dan tidak selamat untuk mengecas barangan elektrik selain daripada mesin perubatan.
Ada orang mengendahkan amaran yang diletakkan hospital dan masih tetap mengecas telefon mereka tanpa menghiraukan fungsi sebenar plug-plug ini.

Punca sebenar adalah untuk penggunaan mesin perubatan dalam kecemasan
Dikongsikan oleh @_n.nnaa, beberapa sistem plug itu mempunyai MGPS iaitu Medical Gas Pipeline System. Sistem MGPS ini adalah soket khas untuk mesin perubatan (oksigen, monitor, dan lain-lain), dan bukannya untuk kegunaan biasa. Jadi tidak selamat untuk mengecas telefon.
Satu lagi komen turut berkongsi mengenai pengalaman dia membuat pendawaian untuk hospital. Mengikut hospital, plug juga akan dilabel mengikut warna dan kegunaannya.

"Sebenarnya ada beza plug butang merah dan putih tu. Plug Merah (Essential/Emergency Power). Disambungkan kepada bekalan elektrik kecemasan hospital. Plug ni akan terus berfungsi walaupun bekalan elektrik utama terputus sebab dia disokong oleh generator atau UPS. Ia digunakan khas untuk ventilator dsb, mesin cpap dan bpap oxygen dan ia juga ada pipeline untk support bekalan oxygen," kata dhiaurrahmanandeusoff di Threads.
Ada seorang wanita yang juga berkongsi kejadian yang baru sahaja berlaku kerana tidak mengikut peraturan hospital mengenai mengecas barang elektrik di plug itu. Kejadian yang berlaku ialah power bank waris meletup dan terbakar di katil hospital.

Seorang doktor juga ada berkongsi beberapa sebab untuk tidak mengecas di plug katil tersebut.
1. Sebab untuk alatan hospital. Kalau port tu rosak, nanti tak dapat nak pasang alatan yang nak selamatkan nyawa orang.
2. Sebelah tu ada supply oxygen. Kalau charger kita terbakar, ia boleh meletup.
3. Kalau tgh charge barang² kita dan tiba tiba pesakit jadi lagi teruk, akan menjadi halangan masa nak selamatkan pesakit. Harap membantu. – Dr. Zul di Threads.
Bagi yang berada di hospital beberapa ward semestinya akan mempunyai plag di bahagian bawah yang boleh digunakan untuk mengecas barangan elektrik anda.
Beberapa hospital juga sangat tegas dalam pengunaan plug di bahagian atas katil ini dan pesakit akan selalu ditegur supaya menggunakan plug yang lain.
Anda juga dinasihatkan untuk membawa power bank anda sendiri untuk mengecas telefon atau pergi ke tempat pengecasan atau plug yang dibenarkan sahaja.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via