Ini Sebab Sebenar Kerusi Plastik Ada Lubang Di Tengah

Bukan dibuat saja-saja ada sebabnya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via unsplash & The Stoly

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerusi plastik sudah sinonim dengan kehidupan seharian Malaysia dan ia ada di mana-mana

Dari sekolah sehinggalah restoran, kerusi sebegini tidak asing dengan rakyat Malaysia.

Tapi, pernahkah anda terfikir "Kenapa kerusi plastik ni ada lubang di tengah?".

Rekaan kerusi plastik sebegini tidak akan dibuat tanpa sebab oleh pengeluar kerusi. Adakah ia hanya estetik atau fungsi?

Ini sebab-sebabnya:

1. Mengurangkan kos pembuatan kerusi plastik

SAYS.com
Image via Shopee

Dengan membuang satu bahagian kecil, pengilang dapat mengurangkan penggunaan bahan.

Pengurangan ini membantu untuk mengurangkan kos dan membuatkan kerusi lebih ringan untuk dibawa, terutamanya dalam jumlah yang banyak pada satu masa.

Walaupun kecil, dengan pengeluaran jutaan kerusi plastik setiap tahun, sedikit sebanyak lebih menjimatkan daripada apa yang kita sangka.

2. Lebih mudah untuk diasingkan selepas disusun tingkat

SAYS.com
Image via plasticchairtablemalaysia

Kerusi plastik selalunya direka untuk disusun tingkat dengan kemas. Tetapi, permukaan yang terlalu rapat akan mewujudkan satu sedutan vakum.

Dengan lubang ini, udara tidak akan terperangkap dan akan mengurangkan tekanan bagi memudahkan untuk ditarik keluar. Bahagian lubang ini juga boleh digunakan sebagai tempat memegang dengan mudah kerana kerusi plastik sangat ringan untuk diangkat.

3. Mengalirkan air dengan mudah

SAYS.com
Image via Felton

Bagi penganjur atau sesiapa yang selalu mengadakan acara di luar (outdoor) tahu hujan boleh menjadikan kerusi menampung air dari mengalirkannya keluar.

Lubang ini sekaligus memudahkan air untuk mengalir dan tidak akan terkumpul di tempat duduk. Perkara ini menyebabkan kerusi plastik sangat sesuai digunakan di bilik air rumah, pasar, gerai makan, perkahwinan dan acara komuniti.

4. Faedah struktur dan pembuatan kerusi plastik dari patah

SAYS.com
Image via The Stoly

Bukan itu sahaja, rekaan bukaan bulatan ini boleh membantu mengurangkan tekanan dan menjamin bentuk struktur kerusi itu tahan lebih lama dan tidak mudah patah.

Jika bentuknya kotak, lubang ini akan menerima tekanan yang akan tertumpu di bahagian tersebut yang meningkatkan risiko untuk meretakkan kerusi atau patah selepas itu.

Semua perkara yang kita lihat untuk mencipta satu kerusi plastik telah difikirkan dari segi pembuatan, pengudaraan dan reka bentuk.

Bagi pengilang rekaan mereka akan berbeza-beza mengikut reka bentuk kerusi plastik tersendiri tetapi mencipta kerusi yang praktikal adalah lebih penting supaya boleh diduduk dengan selamat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik