Jenama Mewah Perancis Jual Setanggi Premium Tapi Rupanya Macam Ubat Nyamuk Lingkaran
Nak halau nyamuk atau bau serai wangi?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Diptyque, syarikat wangian mewah dari Perancis kini menjadi viral serata Asia kerana mengeluarkan produk yang menyerupai ubat nyamuk
Produk ini secara rasmi digelar Citronnelle (Serai) Incense Scented Spirals (Lingkaran Setanggi Berbau Serai), sebahagian dari koleksi Summer Water Garden yang direka untuk membawa pengalaman wangian mewah ke luar rumah.
Tetapi, sejurus selepas gambar tersebut keluar, platform media sosial di Asia 'meletup' kerana produk tersebut mempunyai rupa yang sama seperti ubat nyamuk lingkaran yang dijumpai di banyak rumah-rumah di Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia dan banyak lagi negara Asia yang lain.

Paling ketara adalah harganya yang boleh dikatakan sangat premium dengan harga 45 euros (RM211). Jika anda mempunyai wang lebihan, anda juga boleh menambah pakej bersama satu bekas porselin khas untuk meletakkan setanggi tersebut.
Menurut SAYS, laporan mengatakan produk ini dijual di Malaysia dengan harga RM239.
Produk ini dikatakan sesuai untuk ketenangan seperti di taman air
Menurut Diptyque, produk ini akan mengeluarkan bau segar serai yang sesuai dengan ketenangan atmosfera seperti di taman air.

Jenama ini menerangkan, ini adalah salah satu cara untuk pengguna mencipta 'oasis di luar rumah'. Bagi setiap kotak ia akan mempunyai enam gegelung dengan satu tempat letak.
Tetapi semua ini tidak semegah disangka bagi netizen internet Asia Tenggara
Ramai netizen mengatakan produk ini menyerupai ubat nyamuk lingkaran yang selalunya digunakan untuk bahagian beranda, balkoni dan di bawah meja makan di serata Asia terutamanya ketika musim nyamuk.

Komen di Threads banyak memberikan komen menghiburkan berkaitan ubat nyamuk.
"Nyamuk pun nak mati estetik" kata seorang pengguna.
"Demam Denggi ❌ Demam Diptyque ✅"
"Nyamuk pun dah T20"
Dengan harga RM657, anda boleh mendapatkan tempat letak porselin khas untuk meletakkan lingkaran itu di dalam. Dapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini di laman rasmi Diptyque.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via