Jiran Melayu Buat Tahlil, Jiran India Baik Hati Kongsi Khemah Kenduri Kahwin Demi Keselesaan Tetamu
Bagusnya jiran macam ni, harmoni je.
Cover image via @mamad_arewis6366 (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
"Inilah Malaysia yang sebenar", itulah antara reaksi netizen selepas tular sebuah kisah yang memaparkan semangat kejiranan dan perpaduan antara dua keluarga berlainan kaum yang tinggal bersebelahan
Menerusi perkongsian yang mendapat perhatian ramai di laman Threads, sebuah keluarga Melayu dikatakan mengadakan majlis tahlil, manakala jiran mereka yang berbangsa India pula pada masa sama sedang berlangsung majlis perkahwinan ahli keluarga.
Apa yang lebih menyentuh hati bukanlah sekadar kedua-dua majlis itu berjalan serentak, tetapi sikap bertolak ansur dan saling membantu yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak.
Difahamkan, keluarga India berkenaan telah berkongsi penggunaan khemah yang dipasang untuk majlis perkahwinan mereka bagi memudahkan tetamu majlis tahlil menikmati juadah dengan lebih selesa.

Situasi tersebut sekali gus mewujudkan suasana harmoni apabila tetamu daripada kedua-dua majlis dapat berkongsi ruang tanpa sebarang masalah, malah saling bertegur sapa dan menghormati antara satu sama lain
Ramai netizen yang melihat perkongsian itu meluahkan rasa bangga kerana semangat kejiranan seperti itu masih wujud dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Menurut mereka, perpaduan sebenar bukan hanya dilaungkan melalui slogan atau kempen, sebaliknya terserlah menerusi tindakan kecil yang lahir daripada rasa hormat, toleransi dan keprihatinan sesama jiran.
Perkongsian itu menjadi bukti bahawa keharmonian yang dinikmati rakyat Malaysia hari ini terbina daripada sikap saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang kaum atau kepercayaan.
Lihat posting di bawah:

View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


