Kisah Pak Cik Pengilat Kasut Caj RM5 Buat Ramai Tersentuh – “Duit Cukup-Cukup Makan”

Pentingnya ada rasa bersyukur dalam hidup kita.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @theqiqikamari (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di saat ramai mengeluh dengan tekanan kerja dan kos sara hidup yang semakin meningkat, kisah seorang warga emas yang masih gigih mencari rezeki sebagai pengilat kasut jalanan telah menyentuh hati ramai pengguna media sosial

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads dikenali sebagai Theqiqikamari, dia berkongsi pengalaman bertemu seorang pak cik pengilat kasut yang sudah lama berniaga di lokasi tersebut.

Menurutnya, walaupun sering melalui kawasan berkenaan, dia tidak pernah singgah sehinggalah pada hari kasut yang dipakainya kelihatan kusam dan memerlukan sedikit sentuhan.

"Hari ni, kebetulan kasut aku dah kusam. Jadi aku berhenti dan minta pakcik tolong polish. Pakcik hulur sepasang selipar untuk aku pakai sementara," tulisnya.

SAYS.com
Image via @theqiqikamari (Threads)

Ketika berbual, dia sempat bertanya mengenai keadaan perniagaan pak cik tersebut. Namun, warga emas itu hanya mampu tersenyum apabila ditanya tentang jumlah pelanggan yang diterima setiap hari.

Difahamkan, dia tidak mempunyai pelanggan yang ramai dan hanya mencari pendapatan sekadar mencukupi untuk membeli makanan sebelum pulang ke rumah.

Perkongsian itu turut membuatkan wanita berkenaan bermuhasabah mengenai kehidupannya sendiri

"Banyak soalan dalam otak tp mulut aku xtercakap. Sambil tunggu kasut siap, aku termenung. Aku kerja bawah aircond, cukup makan, pakai, ada kerja, ada gaji, masih diberi nikmat sihat dan peluang hidup. Tapi aku pun manusia yang selalu mengeluh. Mengeluh pasal kerja.

"Mengeluh pasal penat. Mengeluh pasal benda yang kadang-kadang bukan pun masalah sebenar. Kadang aku tertanya. Kenapa ada antara kita yang duit dah berkepuk-kepuk, masih rasa tak cukup? Sampai sanggup halalkan yg haram. Main langgar!"
katanya lagi.

Lebih menyentuh hati, pak cik tersebut hanya mengenakan caj RM5 untuk mengilat sepasang kasut.

Sebagai tanda penghargaan, wanita itu membayar lebih daripada jumlah yang dikenakan dan tidak mengambil baki wang yang diberikan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh dengan kegigihan warga emas itu yang masih kuat bekerja demi meneruskan kehidupan.

Ramai yang menganggap kisah tersebut sebagai satu peringatan bahawa masih ada insan yang berjuang mencari rezeki dalam keadaan serba sederhana, namun tidak pernah mengeluh atau mengharapkan simpati.

Kadangkala, pertemuan singkat dengan orang yang tidak dikenali mampu memberi pengajaran yang lebih besar daripada apa yang kita pelajari selama bertahun-tahun.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: