Lelaki Malaysia Bergaji RM8,000 Sebulan Pindah Ke Singapura Kerana Sukar Menyimpan
Lagi gaji tinggi, lagi banyaklah komitmen kan?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki Malaysia yang memperoleh pendapatan RM8,000 sebulan menjelaskan sebab dia memilih untuk bekerja di Singapura, dengan menyatakan kesukaran untuk menyimpan wang di Malaysia sebagai faktor utama
Dalam satu hantaran di Facebook, lelaki berusia 30 tahun itu berkata ramai yang mempersoalkan keputusannya, memandangkan gajinya di Malaysia dianggap agak tinggi.
"Don't let that RM8,000 figure fool you," tulisnya.
Menurutnya lagi, sambil menambah bahawa selepas potongan KWSP, PERKESO dan cukai pendapatan, gaji bersih yang diterima hanyalah sekitar RM6,800.
Dia juga berkongsi bahawa sebahagian besar pendapatannya digunakan untuk komitmen bulanan tetap, sekali gus menunjukkan betapa cepat gajinya habis digunakan:
• Pinjaman rumah: RM2,100
• Pinjaman kereta: RM500
• Kad perubatan dan insurans hayat: RM530
• Telefon dan WiFi rumah: kira-kira RM213
• Makanan, petrol dan keperluan harian: RM1,500

Gambar sekadar hiasan.
Image via Utusan MalaysiaSelepas menampung semua perbelanjaan tersebut, dia hanya berbaki sekitar RM1,957 setiap bulan
Walaupun secara kasar dilihat beliau boleh menyimpan lebih RM23,000 setahun, katanya perbelanjaan tahunan tambahan menjadikan perkara itu sukar untuk dicapai.
Antara perbelanjaan tersebut termasuk:
• Pemeriksaan kesihatan dan pergigian: sekitar RM1,000
• Insurans kereta dan cukai jalan: RM1,800
• Servis kereta dan tayar: sekitar RM1,500
• Perbelanjaan perayaan dan angpau: RM1,000
• Percutian tahunan: RM5,000 hingga RM10,000
• Perbelanjaan beli-belah dalam talian: sekitar RM3,000
• Cukai hartanah: RM1,300
Selepas mengambil kira semua kos ini, dia berkata simpanan sebenar tahunannya hanya sekitar RM3,700.

Gambar sekadar hiasan.
Image via MCFDalam hantaran tersebut, lelaki itu mengakui bahawa pendapatannya ketika ini sekadar mencukupi untuk menampung gaya hidup, dengan ruang simpanan yang sangat terhad
Tambahnya lagi, kemampuan untuk menyimpan lebih banyak banyak bergantung kepada bonus tahunan daripada majikan, yang lazimnya bersamaan satu hingga dua bulan gaji.
Dia turut menyatakan bahawa walaupun hidup sebagai individu bujang masih boleh diuruskan, namun memikirkan untuk memulakan keluarga adalah sesuatu yang membimbangkan>
"With expenses like milk powder and diapers, how am I supposed to support a family with these savings?" katanya.
Dia menegaskan bahawa keputusannya untuk berpindah ke Singapura bukan didorong oleh sifat terlalu kompetitif atau mengejar kejayaan semata-mata, tetapi lebih kepada keperluan kewangan.
"It's not about being overly competitive; it's about reality leaving you with no other choice," katanya lagi.
Lihat posting di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via