Nak Sambung PhD Tapi Tak Tahu Mana Nak Mula? Baca Panduan Ni Dulu

Artikel ini boleh bantu memberi anda gambaran awal.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Convo USM

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nak sambung PhD tapi lost

Ramai orang pernah cakap "aku nak sambung PhD satu hari nanti." Tapi bila masa tu sampai, terus rasa lost sebab nak mula dari mana sebenarnya? Kena ada tajuk siap? Cari supervisor dulu ke? Atau terus isi borang?

Tanya diri sendiri: kenapa nak sambung PhD?

Kita kena tanya diri sendiri dulu sebab utama ini akan jadi kompas sepanjang perjalanan nanti. Jika tujuannya hanya untuk gelaran Dr atau sebab ikut kawan, mungkin boleh fikir semula. Tapi jika memang ada minat dalam sesuatu bidang tu kuat, ada keinginan menyumbang kepada ilmu, atau ada perancangan jangka panjang (seperti menjadi pensyarah atau penyelidik), maka ia satu langkah yang wajar dipertimbangkan.

Suami isteri terima PhD daripada Unimap

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Kena ada master dulu ke baru boleh sambung PhD?

Ini soalan paling popular dan jawapannya: tak semestinya.

Di Malaysia, kebanyakan universiti tetap memerlukan kelulusan Sarjana (Master) sebelum melayakkan seseorang menyambung PhD terutamanya dalam bidang sosial sains, pendidikan dan kemanusiaan. Tapi…

Ada juga laluan "fast-track" dari Ijazah Sarjana Muda terus ke PhD, tapi hanya jika:

  • CGPA sangat cemerlang (biasanya 3.70 dan ke atas)
  • Ada bukti keupayaan akademik luar biasa (pembentangan, penerbitan, projek khas)
  • Laluan ini ditawarkan oleh universiti tertentu dan bidang tertentu sahaja (biasanya Sains & Teknologi)

Tapi of course, laluan ni sangat kompetitif dan kena dapat kelulusan fakulti terlebih dahulu.

Kalau tengah buat Master sekarang dan rasa nak teruskan ke PhD, boleh berbincang awal dengan penyelia. Mana yang belum ada Master, jangan risau! Boleh rancang untuk sambung Sarjana dahulu dengan fokus yang selari dengan minat penyelidikan jangka panjang. Jauh lagi perjalanan, dik…

Minat sahaja tak cukup, kena tahu 'gap' dalam kajian

Contohnya, jika minat terhadap budaya popular Korea, itu boleh jadi permulaan. Tapi ia perlu dikembangkan jadi soalan kajian yang jelas dan berdasarkan kajian terdahulu. Bacaan jurnal akademik dan artikel berkaitan akan bantu mencari permasalahan, ruang atau 'gap' yang belum diteroka.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Monash University

Kenal pasti universiti & calon penyelia yang sesuai

Sebelum hantar permohonan, penting untuk tahu universiti mana yang menawarkan program dalam bidang yang diminati. Lebih penting lagi, cari calon penyelia yang memang aktif dalam bidang tersebut. Bacalah artikel atau kajian terkini mereka, dan lihat sama ada topik yang ingin dikaji selari dengan kepakaran mereka.

Rancang kewangan & sumber pembiayaan

Antara perkara penting dalam perancangan PhD adalah pembiayaan. Beberapa sumber yang boleh dipertimbangkan:

  • Biasiswa kerajaan seperti JPA, MARA, MyBrain, MyBrainSc
  • Geran atau insentif universiti tempatan (UM, UKM, USM, dll.)
  • Program pembiayaan luar negara seperti GKS (Korea Selatan), LPDP (Indonesia), dll.
  • Graduate Research Assistantship (GRA)

Setiap biasiswa ada tarikh tutup dan syarat tertentu. Jadi disarankan untuk buat perancangan lebih awal.

Boleh ke sambung PhD sambil bekerja?

Jawapannya mestilah boleh, tetapi ni memang memerlukan disiplin yang tinggi. Banyak universiti menawarkan mod sambilan (part-time), terutamanya untuk pelajar tempatan. Bagi yang bekerja sepenuh masa atau sudah berkeluarga, penting untuk ada sistem sokongan dan pengurusan masa yang baik.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via remaja.my

Mula sediakan draf proposal

Walaupun tak perlu proposal yang sempurna, sekurang-kurangnya dah ada kerangka awal apa yang nak dikaji. Proposal biasanya meliputi:

  • Latar belakang kajian
  • Isu atau 'gap' dalam bidang tersebut
  • Objektif dan soalan kajian
  • Kaedah penyelidikan
  • Kepentingan kajian

Proposal awal ini akan bantu pihak universiti dan bakal penyelia memahami minat dan perancangan penyelidikan.

Sediakan CV akademik & personal statement

Khususnya untuk permohonan ke universiti luar negara, dua dokumen ini penting. CV perlu ringkas tapi padat dan nyatakan kelayakan akademik, pengalaman penyelidikan, penerbitan (jika ada), serta kemahiran berkaitan.

Personal statement pula adalah ruang untuk menjelaskan siapa diri anda, kenapa memilih bidang tersebut, dan bagaimana program PhD ini relevan dengan hala tuju kerjaya nanti.

PhD mungkin nampak berat, tapi perjalanan bermula dengan langkah pertama

Tak perlu tunggu semua perkara jelas baru nak mula. Kadang-kadang hanya dengan mula membaca jurnal, atau berbual dengan pelajar PhD lain, banyak perkara akan terbuka.

Yang penting, jangan takut untuk mula perlahan-lahan. Minat yang kuat dan perancangan yang jelas akan bantu kekal konsisten sepanjang perjalanan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik