Pelanggan Kini Boleh Kitar Semula Telekung Lama & Dapat Baucar RM50 Siti Khadijah – “Trade-In Jer”
Daripada tak tahu nak buat apa dengan telekung lama, baik trade-in kan?
Cover image via @telekung.sitikhadijah (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika anda ada telekung lama yang jarang dipakai, apa kata anda kita semula telekung itu?
Jenama telekung terkenal, Siti Khadijah baru saja melancarkan kempen 'Trade-In Jer' di semua butik berdekatan, di mana pelanggan boleh menghantar telekung lama mereka dan mendapat baucar bernilai RM50.

Difahamkan, kempen kitar semula itu adalah hasil kolaborasi bersama @upcycle4bettermalaysia
Berikut di bawah adalah proses untuk mengitar semula telekung di mana-mana butik Siti Khadijah berdekatan anda:

Manakala, bagi terma dan syarat kempen pula adalah:
- Pelanggan yang membawa satu set telekung terpakai akan mendapat baucar RM50.
- Semua jenama diterima.
- Telekung terpakai tidak boleh dituntut semula selepas transaksi dibuat.
- Telekung terpakai tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
- Sah untuk sekali penggunaan dalam satu resit dan pada hari yang sama.
- Pelanggan perlu membawa resit yang asli untuk menukar saiz dalam tempoh 7 hari dari tarikh transaksi.
- Sah untuk transaksi minima RM250 bagi setiap telekung trade-in dan sah untuk koleksi tanpa diskaun.
- Telekung terpakai perlu mengikut kriteria yang ditetapkan.

Lihat hantaran di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


