Pelukan Ibu Jadi Ubat Bila Anak Demam, Kajian Buktikan ‘Skin To Skin’ Bantu Turunkan Suhu Badan
Parents dekat luar sana mungkin boleh cuba cara ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bila anak demam, naluri pertama seorang ibu ialah memeluk erat si kecil
Ia bukan sekadar untuk menenangkan, tapi sebenarnya tindakan itu sendiri boleh membantu menurunkan suhu badan anak.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Nutri ClubMenurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan dalam laporan Pa&Ma, kaedah 'skin to skin' atau sentuhan kulit ke kulit bukan hanya bermanfaat untuk bayi baru lahir, tetapi juga membantu ketika anak mengalami demam.
Beliau menjelaskan bahawa suhu tinggi anak boleh berpindah melalui tapak tangan ibu, menjadikan suhu badan anak lebih terkawal secara semula jadi. Fenomena itu dikenali sebagai Thermal Synchrony, di mana tubuh ibu secara automatik menyesuaikan diri untuk menstabilkan suhu anak.
Disokong oleh penyelidikan perubatan

Gambar sekadar hiasan.
Image via Panduan BundaMenerusi laporan Hello Sehat, kajian Jurnal Perawatan Indonesia turut membuktikan keberkesanan kaedah tersebut. Penyelidik mendapati bahawa skin to skin contact atau juga dikenali sebagai Perawatan Metode Kanguru (PMK) dapat membantu menurunkan suhu badan bayi yang demam akibat jangkitan ringan.
"Melalui sentuhan langsung dengan ibu, bayi bukan sahaja merasa lebih selesa, tetapi juga mendapat kesan fisiologi positif. Detak jantung ibu yang didengari bayi membantu menenangkan sistem saraf, sekali gus mempercepat proses penstabilan suhu tubuh," kongsinya.
Lebih menarik, tubuh ibu berfungsi seperti termoregulator semula jadi. Apabila suhu bayi meningkat, tubuh ibu secara refleks akan membantu menyeimbangkannya. Proses ini menyebabkan aliran darah bayi meningkat ke permukaan kulit, kemudian tubuhnya berpeluh dan suhu menurun secara beransur-ansur.
Jadi tidak hairanlah, ramai ibu mendapati anak yang dipeluk erat waktu demam akan meringkuk dan tertidur lena dalam beberapa minit.
2 cara lain untuk kawal suhu badan anak waktu demam

Gambar sekadar hiasan.
Image via theAsianparent MalaysiaSelain skin to skin contact, Dr Mazliana turut berkongsi dua langkah mudah yang boleh diamalkan ibu bapa bagi mengawal suhu badan anak, sekaligus mencegah sawan akibat demam tinggi.
- Rendaman magnesium flakes
Sediakan air suam dan campurkan magnesium flakes. Biarkan anak berendam selama 5–10 minit, dua hingga tiga kali seminggu. Kaedah ini membantu tubuh lebih relaks dan mempercepatkan proses penyejukan badan. - Air kelapa atau air zamzam
Kedua-dua jenis air ini dipercayai membantu menyejukkan badan secara semula jadi. Untuk air zamzam, boleh diniatkan khusus sebagai ikhtiar penyembuhan anak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via