Penangan LRT3, Netizen Kongsi Pusat Beli-Belah 1 Utama Kini Jadi Sesak Yang Luar Biasa
Bukan 1 Utama sahaja malah hampir semua pusat beli-belah di Damansara sesak luar biasa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
1 Utama adalah antara salah satu pusat beli-belah paling terkenal dan terbesar dalam Malaysia
Dibuka pada tahun 1995, pusat beli belah lagenda ini telah menarik jutaan pelawat setiap bulan dan mempunyai lebih 713 penyewa dengan keluasan 5.59 juta kaki persegi termasuk kawasan hutan hujan simpan yang dibina di dalam.
Tetapi sejak minggu lepas, ramai netizen menyedari 1 Utama mempunyai orang yang lebih ramai daripada biasa.

Keadaan ini telah disedari oleh orang ramai yang telah pergi ke 1 Utama pada Sabtu dan Ahad lepas sehingga ramai berkongsi pengalaman mereka yang terkejut dengan kesesakan pusat beli-belah itu.
Seorang pengguna dengan nama @laveenashhhh di Threads telah berkongsi video kesesakan LRT Bandar Utama (LRT3) yang menjadi stesen pertukaran ke MRT Bandar Utama (Laluan Kajang) yang juga bersambung terus ke 1 Utama.

Jadi, apa punca sebenar kesesakan ini secara tiba-tiba di 1 Utama?
1 Utama terletak di Bandar Utama dan selalunya bukan menjadi pilihan untuk warga yang tinggal di Shah Alam mahupun Klang kerana jaraknya lebih kurang 20 km ke atas. Bukan itu sahaja, ditambah dengan kesesakan jalan raya dari Shah Alam dan Klang, 1 Utama jarang sekali menjadi pilihan orang dari sana.
Pilihan orang dari sana selalunya adalah Central i-City, Setia City Mall, AEON Mall Shah Alam, Centro Mall, Aeon Mall Bukit Raja dan lain-lain.

Tetapi sejak pelancaran LRT 3, laluan ini telah membenarkan ramai orang dari Shah Alam dan Klang untuk terus datang ke 1 Utama tanpa menaiki kenderaan sendiri.
Tidak pelik LRT 3 menjadi punca kerana akses mudah untuk warga Shah Alam dan Klang membanjiri pusat beli-belah di kawasan Damansara. Hal ini juga ditambah dengan promosi LRT 3 ke Bandar Utama yang percuma sehingga hujung bulan ini.

Netizen kongsi rasa terkejut dengan keramaian luar biasa
Seorang pengguna Threads dengan nama @angryhamtaro juga berkongsi pengalaman ini.
"Orang di 1 Utama hujung minggu lepas sangat ramai. Lebih ramai daripada biasa. Adakah sebab warga Shah Alam menikmati bayaran percuma promosi ke Bandar Utama?," katanya.
"Info info! 1 Utama lumpuh gara gara LRT3!," kata @fazirulfazri di Threads.
Seorang netizen lagi mengatakan strategi 1 Utama telah menjadi dengan akses mudah untuk menghubungkan stesen LRT terus masuk ke 1 Utama.
"Strategi 1 Utama menjadi. Keluar tren ada jejantas yg menghubungkan station LRT terus masuk dalam 1 Utama. Mungkin management 1Utama ada bagi dana untuk jejantas itu. AEON Bukit Tinggi tak ambik peluang. Penumpang terpaksa turun dan lintas jalan untuk ke AEON tu. Kalau hujan, memang orang semua tak boleh nak ke AEON," kata @izzuan741 di Threads.

Ada juga yang mengatakan orang ramai melimpah ke pusat beli-belah The Curve Mutiara Damansara, IPC Shopping Centre, IKEA Damansara dan juga IOI Damansara.
Terdapat beberapa netizen yang bersetuju untuk 'mengelak' dari pergi 1 Utama dalam masa sebulan dua ini terutamanya ketika hujung minggu.
1 Utama yang sudah sedia ramai pada setiap hujung minggu bakal menjadi lebih sesak selepas ini, termasuk banyak lagi pusat beli-belah di Damansara, terutamanya dengan kewujudan akses mudah LRT 3 dan sudah semestinya selepas mendapat gaji.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via