Pramugari Luah Rasa Syukur Dapat Bertugas Bersama Ayah & Abang Dalam Penerbangan Sama
Wah bestnya boleh fly sama-sama!
Cover image via @aliailysha (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pramugari meraih perhatian warga maya selepas berkongsi pengalaman istimewa apabila berpeluang bertugas dengan bapa dan abangnya yang merupakan juruterbang dalam penerbangan yang sama

Menerusi perkongsian di Threads oleh pengguna @aliailysha, wanita itu meluahkan rasa syukur kerana impiannya untuk berkhidmat bersama dua insan tersayang akhirnya menjadi kenyataan.
Lebih bermakna, detik tersebut berlaku bersempena sambutan hari jadinya, sekali gus menjadikan penerbangan itu sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan.
"Bertuahnya dapat terbang dengan ayah dan abang sempena hari jadi saya. Memang satu kenangan indah. Alhamdulillah, syukur. Perjalanan kali ini dihabiskan sebaiknya," tulisnya.
Dalam satu lagi perkongsian, bapanya yang merupakan seorang kapten pesawat turut meluahkan rasa bangga melihat kedua-dua anaknya berjaya mengikut jejak langkahnya dalam industri penerbangan

Beliau berkata, setiap kejayaan yang diraih adalah hasil usaha dan pengorbanan yang berterusan, selain mengingatkan anak-anaknya agar sentiasa merendah diri dalam mengejar cita-cita.
"Alhamdulillah. Satu detik membanggakan untuk setiap ayah. Mereka berdua bekerja keras untuk mencapai tahap ini. Ingat, kejayaan tidak datang tanpa kegagalan. Tetap berpijak di bumi nyata dan terus capai impian," katanya.
Perkongsian tersebut turut mengundang pertanyaan daripada pengguna media sosial yang ingin mengetahui sama ada ibu mereka juga mempunyai latar belakang dalam bidang penerbangan.
Menjawab persoalan itu, wanita berkenaan memaklumkan bahawa ibunya pernah berkhidmat sebagai pramugari selama 15 tahun sekitar era 1990-an dan mempunyai pengalaman bertugas bersama ahli keluarga ketika masih berkhidmat.
"Ibu juga seorang pramugari selama 15 tahun sekitar tahun 90-an. Sudah banyak kali beliau terbang bersama keluarga. Saya pasti dia okay," katanya.
Perkongsian itu menerima perhatian meluas di Threads dengan meraih hampir jutaan tontonan. Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kagum melihat tiga beranak berpeluang bertugas dalam penerbangan yang sama, selain menyifatkan momen tersebut sebagai satu kenangan yang cukup bermakna buat keluarga berkenaan.
Lihat Threads dan komen warganet di bawah:



Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


