Terlepas Solat Sunat Subuh? Ini Hukum & Kelonggaran Yang Ramai Tak Tahu

Harap perkongsian ini membantu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via OHBULAN! & Mufti Pahang

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Solat sunat Subuh merupakan antara amalan yang sangat dititikberatkan dalam Islam, bahkan Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sama ada ketika bermukim atau bermusafir

Keutamaannya jelas sebagaimana sabda Baginda SAW bahawa dua rakaat sebelum Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya.

Namun, dalam situasi tertentu, ada jemaah yang terlewat ke masjid sehingga iqamah telah dilaungkan dan solat fardu Subuh didirikan. Persoalannya, adakah peluang untuk menunaikan solat sunat tersebut masih terbuka selepas selesai solat fardu?

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via OHBULAN!

Menurut laporan Waktu Solat Malaysia, dari sudut fiqh, waktu asal solat sunat Subuh adalah sebelum solat fardu, iaitu sebaik sahaja masuk waktu fajar sadiq. Justeru, apabila solat fardu telah dimulakan, seseorang itu wajib mendahulukan solat berjemaah dan tidak dibenarkan menunaikan solat sunat pada ketika itu.

Namun begitu, Islam sebagai agama yang penuh rahmah memberikan kelonggaran dalam hal ini

Menurut pandangan yang lebih kuat dalam kalangan ulama, seseorang yang terlepas solat sunat Subuh sebelum fardu dibolehkan untuk mengqadanya selepas selesai solat fardu.

Hal ini bersandarkan kepada kisah sahabat, Qais bin 'Amr RA yang menunaikan dua rakaat selepas solat Subuh kerana belum sempat melakukannya sebelum itu. Apabila ditanya oleh Rasulullah SAW, Baginda tidak melarang perbuatan tersebut, yang menunjukkan keharusannya.

Kesimpulannya, walaupun yang terbaik adalah menunaikan solat sunat Subuh sebelum fardu, mereka yang terlepas masih diberi peluang untuk menggantikannya selepas solat. Ini membuktikan bahawa syariat Islam sentiasa memberi ruang dan kemudahan kepada umatnya dalam mengejar kebaikan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: