Terlupa Tahiyat Awal Dalam Solat? Ini Penjelasan Mudah Supaya Ibadah Anda Tak Terjejas
Sujud sahwi jangan lupa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pernah tak tiba-tiba tersedar yang kita terlupa tahiyat awal ketika sedang solat?
Situasi ini memang biasa berlaku, lebih-lebih lagi bila kita cuba khusyuk menghadap Ilahi. Tapi persoalannya, apa yang perlu dibuat? Perlu duduk semula atau teruskan saja?
Menurut laporan Waktu Solat Malaysia, perkongsian daripada Ustazah Asma' Harun baru-baru ini memberikan pencerahan penting yang ramai sebenarnya masih keliru.
Difahamkan, dalam Mazhab Syafi'e, tahiyat awal dikategorikan sebagai sunat ab'ad. Maksudnya, jika tertinggal, solat kita masih sah, tetapi sangat digalakkan untuk diganti dengan sujud sahwi sebelum salam.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Pesona PengantinKalau belum berdiri tegak, boleh patah balik
Jika anda baru nak bangun dan tiba-tiba teringat yang tahiyat awal belum dibaca, jangan panik. Dalam keadaan ini, anda masih dibenarkan untuk duduk semula dan menyempurnakan tahiyat tersebut.
Ini kerana anda belum berpindah sepenuhnya ke rukun berdiri. Jadi, tindakan untuk kembali duduk tidak menjejaskan solat.
Namun, situasi jadi berbeza jika anda sudah berdiri tegak sepenuhnya. Jika ketika itu baru teringat, hukumnya haram untuk duduk semula.
Kenapa? Sebab anda sudah masuk ke rukun solat (berdiri), dan tidak boleh tinggalkan rukun semata-mata nak kejar perkara sunat.
Kalau tetap duduk juga dengan sengaja dan tahu hukumnya, solat boleh terbatal. Namun jika dilakukan kerana tak tahu atau terlupa, solat masih sah cuma perlu buat sujud sahwi.

Gambar sekadar hiasan.
Image via PNG TreeBagaimana pula kalau solat berjemaah?
Kalau anda jadi makmum dan imam terlupa tahiyat awal, anda wajib ikut imam. Jangan duduk sendiri walaupun anda sedar kesilapan itu.
Jika imam sudah berdiri tegak, teruskan ikut. Tapi jika imam tersilap dan duduk semula selepas berdiri, makmum yang tahu hukum tidak boleh ikut, anda boleh tunggu atau niat mufaraqah (berpisah dari imam).
Apa pun situasinya, sujud sahwi adalah solusi terbaik untuk menampung kekurangan ini. Ia dilakukan dua kali sujud selepas tahiyat akhir dan sebelum salam.
Selain 'cover' kesilapan, sujud sahwi juga menjadi simbol kerendahan diri kita sebagai hamba yang tak lari dari lupa.
Kesimpulannya, kalau terlupa tahiyat awal, ingat dua benda ni saja:
- Belum berdiri tegak → duduk semula
- Dah berdiri tegak → teruskan & buat sujud sahwi
Jangan terlalu stres bila tersilap. Dalam Islam, setiap kekurangan ada cara untuk diperbaiki. Yang penting, kita terus belajar dan perbaiki solat dari semasa ke semasa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via