Tinggalkan Intermittent Fasting, Lelaki Ini Pilih Puasa Daud Demi Berat Lebih Stabil & Mental Lebih Tenang

Bagus perkongsian ni, boleh cuba buat Puasa Daud pula lepas ini.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki berkongsi pengalaman peribadinya meninggalkan kaedah Intermittent Fasting (IF) dan beralih kepada amalan Puasa Daud, yang menurutnya lebih memberikan keseimbangan dari segi fizikal dan emosi

Menerusi perkongsian di laman Threads, dia menjelaskan bahawa IF sebelum ini menyebabkan dirinya terlalu terikat dengan jadual waktu makan.

Keadaan itu secara tidak langsung memberi tekanan mental, terutama apabila rutin harian terganggu. Malah, dia mengakui mudah berdepan situasi 'yo-yo' berat badan apabila gagal mematuhi jadual yang ditetapkan.

Namun, perubahan ketara dirasai selepas mengamalkan Puasa Daud, iaitu berpuasa secara selang sehari. Menurutnya, pendekatan ini lebih mesra kepada sistem biologi tubuh kerana terdapat keseimbangan antara hari berpuasa dan hari makan seperti biasa.

"Berat lebih stabil dan rasa lapar lebih terkawal," jelasnya.

Tubuh kini seolah-olah lebih 'faham' bila perlu membakar lemak dan bila perlu berehat

Selain itu, dia turut menekankan faktor psikologi sebagai kelebihan utama Puasa Daud.

Konsep 'hari rehat' memberi kelegaan kepada minda kerana tidak perlu sentiasa memikirkan sekatan makan seperti dalam IF. Ini sekali gus mengurangkan kecenderungan untuk makan secara berlebihan.

Dalam masa sama, hari tidak berpuasa memberi peluang kepada tubuh untuk pulih, sekali gus menyokong fungsi sel yang lebih baik.

Dari sudut emosi pula, amalan ini membantu mengawal stres yang sering menjadi punca kenaikan berat badan. Secara keseluruhan, Puasa Daud dilihat bukan sahaja memberi manfaat kesihatan, malah membentuk disiplin dan rasa syukur dalam diri.

Lihat posting di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: