Uncle Berumur 87 Tahun ‘Open Table’ Bantu Orang Awam Isi Borang Di Kompleks KDN Jalan Duta

Moga jasa baik uncle dikenang.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mengisi borang adalah antara perkara yang paling stres untuk dilakukan tetapi menjadi satu keperluan terutamanya di agensi kerajaan

Sesiapa yang pernah pergi ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta pasti akan terjumpa seorang uncle yang duduk satu meja kecil dengan kertas yang ditulis "Filling Forms/Penulis Borang/填表格" bagi membantu pengunjung yang mengalami kesukaran untuk mengisi borang.

Berusia 87 tahun, uncle ini sedia membantu orang awam dengan perkhidmatan mengisi borang dengan mengambil upah RM5.

Menurut perkongsian daripada pegawai RELA di media sosial yang bekerja di situ, uncle ini berada di KDN Jalan Duta dari Isnin sehingga Khamis untuk membantu orang yang mempunyai kesukaran untuk mengisi borang penting yang diperlukan oleh KDN.

SAYS.com
Image via @dianaosman83 / Threads

Ramai netizen memuji jasa baik Uncle membantu mengisi borang untuk orang ramai

Dikongsikan oleh @alyadanielmaleky di Threads, dia menceritakan mengenai pengalaman mendapat bantuan daripada uncle untuk mengisi borang pasport untuk ibunya.

"Semalam pergi Jalan Duta, teman mama buat passport mama balik sebab hilang. Lama mama tak jalan sebab kena strok. Tapi renyah sangat banyak prosedur. Jadi part isi borang, kita minta uncle isikan. Sangat kemas dan detail. Thank you uncle. Umur 87 tahun tapi masih kuat bekerja. Rupanya uncle pernah kerja pegawai dalam JPN, ni kawan uncle yg bgtau. Terima kasih senangkan kami," katanya di Threads.

Difahamkan, uncle ini merupakan seorang bekas pegawai kerajaan yang pernah bekerja di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

SAYS.com
Image via Ilies Bouchikhi (LinkedIn)

"Hebat uncle masih boleh kerja mental dan physically ini walaupun umur smpai 80++ Salute!," kata seorang pengguna.

"Bagusnya Uncle… mesti experience dia dulu jumpa ramai yang tak complete isi borang or ada yang tak tau camna nak isi… mulia sgt kerja Uncle ni… semoga sihat selalu Uncle," kata @thewanderchix di Threads.

Netizen juga terpegun dengan kebolehan uncle untuk mengisi borang dengan kemas dan tidak menggunakan kaca mata untuk mengisi borang-borang yang diupah isi oleh orang.

"Respect pada uncle. Cmne ye uncle nie kekalkan mata sihat tanpa pakai cermin mata?"

"Bagus uncle ni mata terang & steady je isi form. Kita pling stress lah isi form. Rasa nak marah je, tambah2 yang banyak helai…mesti yang keja isi form ni jenis pnyabar… keep it up uncle"

Ciapan di Threads itu telah mendapat lebih 6,500 likes dan banyak pujian telah diberikan kepadanya kerana masih berjasa untuk membantu orang ramai walaupun usia sudah lewat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik