seismik

11 Kelebihan Bercinta Dengan Ulat Buku Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

"Belajar membaca bagaikan menyalakan api; setiap suku kata yang dieja akan menjadi percikan yang menerangi." - Victor Hugo

Cover image via tumblr.com

1. Mereka sangat romantik

Image via www.tumblr.com

Apabila mereka mendalami sesuatu watak, mereka mungkin menjadi seorang yang lebih sensitif dan memahami. Mereka juga mungkin tahu apa yang nak dibuat atau dikatakan untuk menceriakan hari anda.

2. Mereka juga seorang yang adventurous

Image via www.tumblr.com

Oleh kerana mereka kemungkinan terpengaruh dengan buku yang mereka baca, mereka dengan secara tiba-tiba ajak anda cuba benda-benda baru. Jadi, anda takkan jadi bosan.

3. Anda akan faham sesuatu reference daripada buku walaupun anda tak pernah baca buku itu

Image via tumblr.com

Sebab mereka selalu akan cakap benda-benda dari buku kepada anda dan anda takkan rasa ketinggalan dalam apa-apa pun.

4. Mereka juga pakar dalam sejarah

Sebab sesetengah cerita ada kena mengena dengan legenda atau sejarah atau mitos, jadi anda dengan secara automatiknya menjadi pakar juga.

5. Nak tahu filem tu best atau tak? Tanya mereka sebab mereka dah baca buku.

Image via joyreactor.com

Kalau dah tahu kisah di sebalik sesebuah filem itu, anda boleh skip filem yang kadang-kadang membosankan dan terlalu banyak plot yang tertinggal.

6. Mereka sentiasa ada kisah atau fakta menarik untuk dikongsikan dengan anda.

Image via tumblr.com

Dia akan mula bercerita tentang segala benda yang dibacanya dan tanpa disedari anda telahpun meluangkan masa yang lama berborak dengannya. Malam-malam anda juga akan sentiasa dipenuhi dengan cerita-cerita menarik.

7. Pesaing anda hanyalah buku

Image via tumblr.com

Bila ajak keluar date, mereka akan pentingkan buku dulu. Kalau anda kata "Jom kita pergi main boling.", mereka kemungkinan akan jawab "Tapi, kita pergi Big Bad Wolf dulu, ok?". Sekurang-kurangnya anda tak perlu bersaing dengan kawan lelaki atau perempuan mereka.

8. Mereka sangat penyabar

Image via tumblr.com

Mereka seorang yang sah penyabar sebab bayangkan, mereka boleh habiskan satu siri yang kemungkinan ada tiga hingga tujuh buku untuk mengetahui pengakhiran cerita itu.

9. Mereka juga seorang yang setia

Image via wordpress.com

Kalau dah habiskan masa dengan buku je, mereka memang takda masa nak berkenalan dengan orang lain.

10. Senang nak bagi hadiah hari jadi

Image via www.tumblr.com

Tanya je nak buku apa atau box set siri apa dan beli. Tak payah perah otak untuk memikirkan apa nak dibeli untuk mereka.

11. Mereka tak clingy

Sebab mereka dah biasa keseorangan dengan buku kegemaran mereka. Takda la sikit-sikit nak tanya "Awak kat mana? Awak... awak kat mana?"

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda juga harus tahu apa kelebihan date dengan lelaki yang lebih rendah:

You may be interested in:

Leave a comment