6 Kes Pembuangan Bayi Yang Paling Kejam Di Malaysia. Apa Jalan Penyelesaian?

Kes pembuangan bayi semakin meningkat di Malaysia. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia perlu tahu tentang kewujudan baby hatch yang telah disediakan di negara ini bagi menangani jenayah tersebut.

  • Pada 15 Mei lalu, Malaysia digemparkan dengan berita mengenai seorang bayi yang dipotong 15 di Johor Bahru dan kemudian dibuang melalui lubang tandas

      Image from Blogspot.com Image via Blogspot.com
    • Cebisan bayi tersebut kemudian dijumpai di sebuah loji kumbahan.

  • Pembuangan bayi merupakan tindakan yang sangat kejam!

  • Jadi, sejauh mana kes pembuangan bayi ini telah berleluasa di negara kita?

  • Mengikut statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 26 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara pada suku pertama tahun 2014

      Image from Blogspot.com Image via Blogspot.com
    • Bagi tahun 2011, pada bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia.

      perakini.net
  • Siapakah golongan tertinggi yang terlibat dengan gejala ini?

  • Mengikut statistik kes pembuangan bayi, 40 kes daripada 93 yang diketahui melibatkan remaja berumur 18 sehingga 25 tahun

  • Apakah faktor-faktor utama berlakunya kes pembuangan bayi?

  • Kebanyakan kes pembuangan bayi berlaku disebabkan oleh faktor-faktor utama seperti berikut:

      Image from Wordpress,com Image via Wordpress,com
    • 1. Kekurangan didikan agama: ia menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan lalu, terlibat dalam gejala negatif seperti pergaulan bebas.

      2. Pengaruh rakan sebaya: rakan-rakan yang negatif mempengaruhi remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama seperti disko, menghisap dadahdan melakukan pergaulan bebas.

      3. Sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum: oleh kerana masyarakat seringkali akan menghina akan mereka yang telah terlanjur dan mempunyai anak luar nikah, remaja tersebut akan mengambil jalan mudah dengan membuangkan bayinya.
  • Selain daripada kes bayi dipotong 15, terdapat beberapa lagi kes pembuangan bayi yang sangat kejam berlaku sebelum ini. Antaranya:

  • 1. Bayi yang masih bertali pusat dicampak dari kenderaan bergerak di Sibu, Sarawak pada 2010

      Gambar sekadar hiasan. Image via Kaskus.co.id

      Gambar sekadar hiasan.

    • Bayi yang dicampak dari kenderaan menyebabkan kepalanya pecah. Mayat bayi itu dibungkus dengan kertas surat khabar dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam.

      theantdaily.com
  • 2. Bayi baru lahir dicampak ke dalam longkang oleh seorang remaja dari tingkat dua sebuah rumah pangsa di Selayang, Selangor pada 2011

      Seorang anggota polis menjalankan siasatan di tempat bayi baru lahir dicampakkan ibunya ke dalam longkang di Flat Taman Segar, Selayang. Image via utusan.com.my

      Seorang anggota polis menjalankan siasatan di tempat bayi baru lahir dicampakkan ibunya ke dalam longkang di Flat Taman Segar, Selayang.

    • Mayat bayi yang lengkap sifatnya itu ditemui oleh orang awam di dalam longkang pada pukul 7 pagi dalam keadaan tertiarap. Remaja yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran itu mengaku melahirkan bayi tersebut di dalam tandas.

      Remaja itu berkata bahawa bayinya tersebut sudah tidak bernyawa selepas dilahirkan lalu membuangnya ke dalam longkang.

      theantdaily.com
  • 3. Bayi ditemui dalam mangkuk tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, Pahang pada 2012

      Gambar sekadar hiasan. Image via Tumblr.com

      Gambar sekadar hiasan.

    • Bayi lelaki berkenaan telah dijumpai mati di dalam sebuah mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas.

      theantdaily.com
  • 4. Bayi perempuan mati lemas dalam tangki simpanan air di stesen minyak BHP Seremban, Negeri Sembilan pada Mei 2015

      Image from Mattopi.com Image via Mattopi.com
    • Bayi tersebut telah ditemui oleh seorang pelanggan yang hendak menggunakan tandas tersebut. Sejurus itu, beliau melaporkan kejadian tersebut kepada penyelia stesen minyak sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa.

      theantdaily.com
  • 5. Bayi kembar ditinggalkan dalam almari kosong di sebuah pangsapuri di Georgetown, Pulau Pinang juga pada Mei 2015

  • Bagaimana kes sebegini boleh dikurangkan? Sekiranya ada yang terlibat dengan kes tidak dapat menjaga bayi yang dilahirkan, hantar ke baby hatch. Ini senarai baby hatch yang boleh anda jadikan pilihan:

  • 1. Yayasan OrphanCARE

      Image from The Star Image via The Star
    • OrphanCare adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2008, di bawah naungan DYMM Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom.

      Alamat:

      Selangor: No.6, Lorong SS 1/24 A, Kampung Tunku, 47300 Petaling Jaya.

      Johor: No 64, Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru.

  • 2. Hospital Pakar KPJ Damansara

      Image from hts.my Image via hts.my
    • Alamat: No 119, Jalan SS20/10, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

  • 3. Hospital Pakar KPJ Johor

  • Dan juga di hospital-hospital pakar lain yang tersenarai ini:

  • Oleh itu, kami menyeru kepada rakyat Malaysia untuk sama-sama menangani krisis pembuangan bayi yang semakin serius. Anda tahu apa yang perlu anda lakukan. SEBARKAN artikel ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

  • Baca laporan mengenai kes bayi dipotong 15 DI SINI:

Most-read stories today

Leave a comment