lifestyle

9 Resipi Yang Anda Patut Tahu Masak Selain Daripada Mi Maggi

Sekiranya anda tahu bagaimana untuk masak air, tahniah! Anda berjaya ke peringkat seterusnya!

Cover image via wordpress.com

1. Telur dadar

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:

2-3 biji telur (bergantung kepada saiz)
Garam
Serbuk lada hitam
Mentega

Cara-cara membuat telur dadar:

Pecahkan 2-3 biji telur ke dalam mangkuk. Taburkan secubit garam dan serbuk lada hitam. Pukul telur sehingga gebu. Kemudian, panaskan kuali dengan suhu yang rendah.

Masukkan satu sudu besar mentega ke dalam kuali dan biarkan cair. Apabila mentega telah cair dan mula panas, masukkan telur yang telah dipukul. Gerakkan kuali anda untuk meratakan telur. Jika permukaan telur telah cukup masak dan kelihatan kering, gunakan sudip nipis untuk melipat telur.

Apabila telur kelihatan seperti keperangan, alihkan ke dalam pinggan dan hidang.

2. Nasi

Anda perlukan:

Beras
Air

Sebelum anda memasak nasi, anda perlu tahu jenis beras yang anda masak kerana anda perlu tahu sukatan air bagi nasi tersebut.

Sukatan bagi beras panjang: 1 cawan beras bersamaan 2 cawan air
Sukatan bagi beras perang: 1 cawan beras bersamaan 2 1/2 cawan air

Hidangan: 1/2 cawan untuk seorang

Cara memasak nasi menggunakan periuk nasi:

Bilas beras dengan air di dalam periuk nasi sehingga air kelihatan jernih. Tuang sukatan beras dan air ke dalam periuk. Masukkan periuk ke tempat periuk nasi dan tekan butang masak. Setelah masak, ceduk menggunakan senduk nasi dan hidangkan.

Cara memasak nasi dengan periuk biasa:

Bilas beras dengan air di dalam periuk sehingga kelihatan jernih. Tuang sukatan beras dan air ke dalam periuk. Masak nasi dengan suhu serdahana. Biarkan sehingga mendidih.

Apabila air mula mendidih, perlahankan api. Tutup periuk dengan penutup tetapi biarkan renggang sedikit. Biarkan ia masak selama 10 minit (bergantung kepada sepanas mana periuk anda).

Jika lubang haba mula kelihatan, padamkan api. Tutup penutup sepenuhnya dan biarkan selama 10 minit lagi. Beras kemudiannya akan menyerap air yang masih tinggal di dalam periuk. Gaulkan nasi, ceduk ke dalam pinggan dan hidangkan.

3. Ceasar Salad

Image via healthyman.co

Untuk membuat sos ceasar salad, anda memerlukan:

1/2 cawan keju Parmesan yang telah diparut
1/4 cawan tambah 2 sudu besar minyak zaitun
1/2 cawan tambah 2 sudu besar minyak sayuran
1/4 cawan jus lemon
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil sos Worcestershire

Cara membuat sos:

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus. Kemudian, taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.

Sayur-sayuran yang diperlukan:

2 biji bunga kubis
2 biji tomato merah
1 biji timun
1 biji bawang besar
1 biji lobak merah
1 cawan*crouton* (boleh didapati di pasar raya)

Cara membuat salad adalah:

Potong sayur-sayuran menjadi halus. Masukkan sayur-sayuran ke dalam mangkuk dan kemudian, tuangkan sos yang telah disediakan ke atas sayur. Masukkan crouton, gaul samapi rata dan hidangkan.

Image via SAYS.com

4. Pancake

Bahan-bahan yang anda perlukan untuk resipi ini adalah:

1 3/4 cawan susu
2 biji telur
1 sudu kecil ekstrak vanilla
2 cawan tepung penaik
1/3 cawan gula kastor

Cara-cara membuat:

Pukul telur, susu dan ekstrak vanilla di dalam mangkuk. Tapis tepung ke dalam mangkuk berasingan. Masukkan gula dan gaul.

Buat ruang di tengah-tengah adunan. Masukkan adunan susu ke dalam adunan tepung. Pukul sehingga sebati.

Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak atau mentega. Gunakan penyeduk ais krim untuk menyeduk adunan dan tuang ke dalam kuali yang telah dipanaskan. Masak pancake untuk 2 minit sehingga buih di permukaan pancake mula kelihatan. Terbalikkan pancake dan biarkan ia masak. Setelah permukaan pancake kelihatan kering, alihkan ke pinggan dan hidang.

Image via SAYS.com

5. Roti bakar keju

Bahan-bahannya adalah:

4 keping roti
3 sudu besar mentega (asingkan)
2 keping keju cheddar

Cara membuat roti bakar keju:

Panaskan kuali dengan suhu yang serdahana. Sapukan mentega ke atas roti. Bakar bahagian yang disapu mentega ke atas kuali dan letakkan keju di atas.

Sapukan mentega ke atas kepingan roti yang satu lagi dan letakkan ke atas roti yang sedang dibakar. Pastikan anda letakkan bahagian yang disapu mentega di atas.

Bakar sehingga garing dan terbalikkan roti dan teruskan bakar sehingga keju mula cair. Ulang langkah ini dengan kepingan roti dan keju seterusnya.

6. Sup cendawan Campbell

Image via SAYS.com

Anda perlukan:

1 tin sup cendawan Campbell
Air

Cara-cara memasak:

Tuangkan sup dari tin ke dalam periuk bersaiz kecil. Tuangkan air ke dalam tin tersebut sebagai sukatan (penuhkan satu tin). Pukul dengan pemukul sehingga halus. Biarkan mendidih. Setelah sup masak, tuang ke dalam mangkuk dan hidangkan.

7. Nasi goreng lada

Image via rebeccasaw.com

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi putih yang telah dimasak
2 sudu besar mentega
Minyak masak
Minyak bijan
Lobak merah (dipotong dadu)
Bungan kubis (dihiris panjang)
Daun bawang (dihiris halus)
1 sudu serbuk lada sulah
2 biji telur
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 ulas bawang merah (dihiris)
1/4 cawan isi ayam (dipotong kecil)
3-5 ekor udang (bergantung kepada saiz)

Cara memasak:

Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga rata. Panaskan minyak bersama minyak bijan. Tumis bawang putih dan bawang merah. Kemudian, masukkan isi ayam dan lobak merah. Masukkan sedikit air.

Selepas itu, masukkan udang dan lada sulah. Buat ruang di tengah-tengah nasi dan pecahkan telur. Kacau sehingga telur masak dan sebati bersama nasi.

Setelah masak, ceduk ke dalam pinggan dan kemudian, hidangkan.

8. Spaghetti Aglio Olio

Untuk resipi ini, anda perlukan:

1 sudu kecil garam
Satu paket spaghetti
3 ulas bawang putih
1/2 cawan minyak zaitun (extra-virgin)
Serbuk cili merah
2 sudu kecil daun pasli (dicincang halus)
1/2 zest lemon
Sedikit keju Parmigiano yang diparut halus

Cara-cara memasak:

Didihkan air di dalam periuk dan taburkan sedikit garam. Masukkan spaghetti dan kacau perlahan-lahan. Masak selama lebih kurang 8 minit sehingga spaghetti menjadi lembut. (Periksa tahap kelembutan spaghetti dengan jari. Sekiranya masih ada rasa keras, teruskan masak sehingga lembut.)

Tapis spaghetti yang telah dimasak di dalam sinki. Tinggalkan 1/4 cawan air daripada rebusan spaghetti.

Masukkan pasta kedalam kuali dan air yang telah diasingkan. Campukan bawang putih dan gaul rata. Taburkan daun pasli, serbuk cili dan tambah zest lemon.

Letakkan sedikit spaghetti ke dalam pinggan untuk dihidangkan. Taburkan sedikit keju Parmigiano.

9. Ikan salmon mentega

Bahan-bahan:

1 sudu besar serbuk bawang putih
1 sudu besar basil kerong
1/2 sudu kecil garam
4 keping fillet ikan salmon
2 sudu besar mentega
hirisan lemon dipotong wedges)

Cara memasak:

Campurkan sebuk bawang putih, basil, dan garam dalam mangkuk kecil. Sapukan campuran ke atas salmon.

Cairkan mentega di atas kuali. Pastikan suhu serdahana. Masak salmon sehingga garing, lebih kurang 5 minit setiap sebelah. Hidangkan bersama hirisan lemon.

Anda rasa anda dah jadi pakar dalam masakan? Anda mungkin akan menjadi lebih pakar selepas anda mencuba resipi ini:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: