seismik

Anda Hanya Gunakan Marmite Untuk Buat Bubur? Ini 6 Resipi Lain Yang Anda Patut Cuba

'Upgrade'kan penggunaan marmite anda dengan resipi-resipi yang enak ini!

Cover image via Blogspot.com

Kita sering dengar orang menggunakan Marmite dalam masakan bubur. Tetapi, tahukah anda bahawa Marmite juga boleh digunakan dalam resipi-resipi ini?

1. Roti Bakar Marmite

Image via RotiNRice.com

Bahan-bahan:

2 keping roti
1 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil Marmite
20g keju yang dikisar halus

Cara-cara membuat:

1. Sapukan mentega dan kemudian Marmite ke atas kedua-dua belah roti.

2. Taburkan sedikit keju ke atas ke dua-dua belah roti.

3. Tekapkan dan bakar di dalam ketuhar.

4. Hidangkan.

2. Macaroni Marmite dan Mentega

Image via Blogspot.com

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Macaroni
Mentega
Marmite
Kacang pis
Sayur sawi hijau atau dikenali sebagai bak choi
Sosej
Garam
Lada putih

Cara-cara memasak:

1. Mulakan dengan merebus macaroni. Sementara itu, renehkan sayur-sayuran dan sosej bersama-sama.

2. Masukkan mentega dan Marmite dan kacau.

3. Apabila macaroni telah cukup masak, toskan dan masukkan campuran mentega dan Marmite.

4. Kemudian, masukkan sayur-sayuran dan sosej. Taburkan sedikit garam dan lada. Hidangkan.

3. Ayam Marmite

Image via Blogspot.com

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:

800g ayam, dipotong saiz kecil
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil garam
Sedikit lada hitam 1 biji telur bersaiz kecil
4 sudu besar tepung jagung atau tepung ubi atau tepung biasa
1 sudu besar Marmite
1 sudu besar madu
4 sudu sirap Maltose
1 sudu kecil belacan
100ml air panas
2 ulas bawang putih dicincang halus
Sedikit bijan, cili merah dan pasli sebagai hiasan

Cara-cara memasak:

1. Masukkan kicap, garam, lada dan telur ke dalam mangkuk dan campurkan sehingga sebati sebagai bahan perapan. Masukkan ayam ke dalam campuran tersebut dan perapkan untuk sekurang-kurangnya 1 jam.

2. Masukkan Marmite, madu, Maltose, belacan bersama air panas ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Letakkan ke tepi.

3. Masukkan tepung ke dalam adunan perapan dan gaul sehingga tepung meliputi keseluruhan bahagian ayam.

4. Goreng ayam dengan suhu yang serdahana sehingga kelihatan perang. Tuang ke dalam pinggan.

5. Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan garlic dan adunan Marmite tadi, kacau dan masak sehingga mendidih. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati.

6. Apabila sedia untuk dihidang, taburkan sedikit bijan, cili merah dan pasli. Hidangkan panas.

4. Udang Marmite

Image via Blogspot.com

Bahan-bahannya adalah:

10 ekor udang bersaiz besar
5 ulas bawang putih yang telah kisar
3cm halia juga dikisar
1 sudu makan lada hitam yang telah ditumbuk
1 sudu tepung jagung
1 sudu makan Marmite
4 sudu makan mentega
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos plum
1 sudu makan madu
1 sudu makan bijan yang telah digoreng tanpa minyak

Cara-cara memasak:

1. Gaul udang bersama bawang putih, halia, lada hitam, sos plum, tepung jagung, kicap cair dan Marmite.

2. Perap untuk lebih kurang 15 minit.

3. Cairkan mentega di dalam kuali. Susun udang di atasnya.

4. Gunakan api perlahan, dan biarkan air keluar dari udang untuk menjadi kuah.

5. Terbalik-terbalikkan sehingga udang masak dan kuah mengering.

6. Masukkan madu, dan gaul sehingga sebati.

7. Angkat dan taburkan bijan apabila hendak dihidangkan.

5. Kek Coklat Marmite

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:

475 g gula kaster
250g mentega
200g dark chocolate 70%
5 biji telur
125g tepung
75g koko
2 sudu besar Marmite + sedikit untuk dituangkan ke kek

Cara-cara memasak:

1. Sediakan kertas bakar dalam acuan kek bersaiz 12x8 inci atau 13x9 inci.

2. Panaskan ketuhar kepada 180°C

3. Cairkan mentega bersama gula dengan suhu yang rendah. Kacau. Kemudian, masukkan coklat dan kacau lagi sehingga lembut.

4. Selepas itu, angkat periuk dan letakkan ke tepi. Masukkan Marmite, telur, dan tepung. Kacau sehingga sebati.

5. Tuang adunan ke dalam acuan kek. Gunakan sudu panas untuk tuang sedikit Marmite.

6. Bakar untuk setengah jam atau sehingga permukaan kek kelihatan kering.

7. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan sejuk.

8. Potong kek ke bentuk empat segi. Taburkan sedikit gula icing dan hidangkan bersama whipped cream.

6. Cucur bawang Marmite

Image via Serious Seats

Bahan-bahan yang diperlukan:

3 biji telur, dipukul
1/4 cawan susu
2 sudu kecil Marmite + sebagai hiasan
1/2 sudu kecil thyme dicincang halus
1/2 cawan tepung
1/4 sudu kecil serbuk penaik
Garam
Serbuk lada hitam
4 cawan bawang besar yang telah dihiris
Minyak sayuran atau canola
2 sudu besar pasli yang telah dicincang

Cara-cara untuk membuat:

1. Masukkan telur, susu, Marmite, dan thyme ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.

2. Dalam mangkuk yang berasingan, gaulkan tepung, serbuk penaik, sedikit garam dan serbuk lada hitam.

3. Masukkan adunan kering ke dalam adunan basah. Kemudian, masukkan bawang dan kacau sehingga hancur. Biarkan untuk 30 minit.

4. Panaskan ketuhar ke 148°C dan sediakan kertas pembakar di dalam ketuhar.

5. Masukkan bawang ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan selama lebih kurang 4 minit.

6. Masukkan bawang yang telah digoreng ke dalam ketuhar supaya ia kekal rangup.

7. Hidangkan.

Anda bosan dengan masakan biasa? Cuba resipi-resipi ini:

Leave a comment