seismik

Bosan Dengan Sukan Biasa? Cuba 7 Aktiviti Ini Di Sekitar Kuala Lumpur

Anda bosan dengan sukan seperti bola sepak dan tennis? Cuba aktiviti seperti ini pula.

Cover image via elle.my

1. Lompat trampoline di Jump Street Park

Image via youtube.com

Jump Street adalah sukan yang membolehkan anda untuk melompat dengan apa cara atau gaya sekalipun.

Jump Street Park di Malaysia terletak di Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya. Jangan risau jika anda tak pernah lompat di atas trampoline sebelum ini. Ia dikelilingi oleh pelbagai jenis trampoline, jadi ia selamat dan merupakan sukan yang amat menyeronokkan untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak.

2. Berguling-guling di dalam Zorb Ball atau Orbing Ball

Image via youtube.com

Pernah tak anda terfikir bagaimana agaknya jika anda berada di dalam mesin basuh? Kini anda boleh alaminya dengan Zorb Ball! Jika anda berminat, anda boleh hubungi oxbold.com dan mereka akan membawa zorb ball kepada anda.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa aktiviti ini tidak sesuai bagi ibu mengandung dan bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang serius.

oxbold.com

3. Cabaran District 21

Image via groupon.my

Anda gemarkan sukan yang menyeronokkan tetapi mencabar? Anda boleh cuba aktiviti di District 21 yang terletak di IOI Mall, Kuala Lumpur.

Antara aktiviti yang disediakan disini adalah seperti The Maze dimana anda perlu melalui jalan yang dikelilingi dengan terowong dan juga kurungan. Selain itu, anda boleh mencuba Free Fall iaitu aktiviti dimana anda seolah-olah membuat lompatan payung terjun.

4. Berluncur cara bodyboard di Sunway Lagoon

Image via youtube.com

Sekiranya anda teringin untuk meluncur air tetapi tak pasti bagaimana, anda boleh mencuba bodyboard di Sunway Lagoon, Subang Jaya.

5. Buktikan kehebatan anda dengan cabaran SkyWarrior Rainforest

Anda teringin nak masuk 'American Ninja Warrior'? Kini anda tak perlu lagi hanya berangan. Anda boleh cuba cabaran yang disediakan di Skyrides Festivals Park, Putrajaya untuk buktikan kehebatan anda.

6. 'Terbang' bersama pasukan Quidditch Malaysia!

Image via youtube.com

Jika anda fikir sukan Quidditch hanya wujud dalam cerita 'Harry Potter' sahaja, anda salah. Sukan Quidditch wujud dan ianya ada di Malaysia. Walau bagaimanapun, jangan risau, sukan ini tidak memerlukan anda untuk terapung di udara.

Damansara Dementors adalah sebuah pasukan Quidditch di Malaysia dan mereka akan mengadakan latihan di Central Park, Bandar Utama, Damansara pada setiap hari Ahad. Sekiranya anda berminat, anda boleh datang dan cuba sendiri sukan ini.

7. Meredah hutan dengan menaiki All Terrain Vehicles (ATV)

Bagi yang sukakan sukan motosikal atau basikal, anda boleh cuba All Terrain Vehicles (ATV). Ia terletak di Jalan Hijau Serindit, U9/68, Seksyen U9, 40150 Shah Alam dan amat sesuai bagi anda yang sukakan aktiviti lasak melibatkan alam semula jadi.

Jadi, cubalah aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan ini dan kekal sihat!

Image via www.elle.my

Anda gemarkan sukan yang lebih lasak dan mencabar? KLIK SINI:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in:

Leave a comment