BUAH-BUAHAN - Punya Makna Tersendiri Menjelang Tahun Baru Cina
Justeru, MBG Fruitshop melancarkan kempen Tahun Baru Cina ‘Happy Dragon-Fruit 2012’ yang menggalakkan rakyat Malaysia makan buah-buahan untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan. Pengarah Urusan MBG Fruitshop, Adnan Lee, turut mengingatkan keutamaan menjaga kesihatan supaya sentiasa cergas, bertenaga dan tangkas seperti naga dengan pengambilan buah-buahan di samping mengamalkan gaya hidup sihat dan seimbang bagi mengelakkan kemudaratan. “Kempen Happy Dragon-Fruit MBG adalah kempen pendidikan Tahun Baru Cina yang unik dan istimewa. Ia bukan saja mengenai feng syui malah petua diet yang praktikal untuk menjalani kehidupan seharian termasuk di musim perayaan ini. “Selain itu, kami menganjurkan program ‘Angpau Bertuah Ganjaran 888’ MBG di semua kedai kami mulai 2 hingga 29 Januari ini. “Orang ramai yang membeli buah-buahan di kedai MBG sepanjang tempoh ini akan menerima ganjaran paket angpau yang melayakkan pembeli menyertai peraduan Cabutan Angpau Bertuah 888 MBG,” katanya. MBG turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah apabila pembelian dilakukan secara dalam talian menerusi laman web www.mbg.com.my. Di kalangan masyarakat Cina, kebanyakan buah-buahan mempunyai makna tersendiri. Dipercayai: * Epal untuk meraih kejayaan, keamanan, keharmonian, silaturahim, kemewahan, limpahan hasil dan kekuatan. * Pear untuk tuah, perniagaan yang baik dan kekayaan. * Oren dan limau mandarin untuk menjana dan mengumpul kekayaan. * Anggur untuk membanyakkan keturunan. * Buah-buhan berwarna hijau untuk menambah tenaga dan kesihatan (seperti epal hijau, kiwi dan anggur). * Buah-buahan berwarna merah untuk menambah kekayaan, tenaga dan kesungguhan (epal merah, anggur merah dan manggis). * Buah-buahan berwarna hitam untuk kepintaran dan kreativiti (anggur hitam dan beri hitam). * Buah-buahan berwarna kuning untuk mengumpul kekayaan.