[GAMBAR BERSIRI] 30 Hikmah Bulan Ramadan Untuk Hari ke-27
Mari kita selami hikmah dan maksud bulan Ramadan melalui siri bergambar yang bukan sahaja seronok dibaca dan dikongsikan, malah padat dengan info-info yang penuh bermakna. Dikompilasikan khas dari SAYS, kami akan kemaskinikan satu gambar baru, setiap hari sepanjang bulan Ramadan! Selamat berpuasa & Ramadan Al-Mubarak! :)
Hari ke-25: "Ingatlah, jika kita susah, ada yang lebih susah dari kita. Jika kita miskin, ada yang lebih miskin dari kita. Bersyukurlah apa yang kita ada"
Hari ke-24: "Berterima kasih kepada Allah, kepada mereka yang menyediakan makanan, dan kepada mereka yang menbiayainya"
Hari ke-23: "Apabila seorang Muslim atau Muslimah yang berpuasa dijemput makan atau diajak bergaduh, dia patut menjawab 'saya sedang berpuasa'"
Hari Ke-22: "Ramadan hanya sepanjang 4 minggu. Jangan biarkan ia berlalu tanpa mengambil peluang sebaik-baiknya"
Hari Ke-21: "Sesiapa yang pergi ke masjid untuk solat berjemaah, Allah akan menyediakan tempat yang mulia di syurga untuk mereka"
Hari Ke-15: "Sesiapa yang memulakan perjalanan untuk menimba ilmu, Allah akan memberi kesenangan ke syurga"
Hari Ke-14: "Barang siapa mengerjakan solat sunat 12 rakaat di siang dan malam hari, sebuah mahligai akan dibina untuknya di syurga."
Hari Ke-13: Baca sebanyak ayat al-Quran, Zikir sebanyak kali dan tunaikan solat sebanyak yang anda boleh
Hari Ke-12: Jangan memperkecilkan usaha orang lain pada bulan Ramadan kerana inilah mungkin masa mereka berubah
Hari Ke-10: Ambillah peluang untuk berdoa dan bertaubat kerana Ramadan itu bulan pengampunan
Hari Ke-7: Jangan ketinggalan untuk bersolat terawih di Masjid atau Surau terdekat
Hari Ke-6: Jangan berlengah jika ingin membuat kebaikan. Hari ini mungkin hari terakhir kita...
Hari Ke-3: Ingat-ingatlah kepada mereka yang lebih memerlukan. Bersedekahlah untuk mereka..