12 Kafe Wajib-Cuba Untuk Anda Yang Sedang Mencari Tempat Makan ‘Insta-Friendly’ Di Melaka
Khas untuk anda yang minat cafe-hopping!
1. Truly Two Cafe @ Bukit Baru
Bila di Melaka, tempat ini wajib dikunjungi jika anda gilakan dessert dan pilihan minuman yang unik! Antara manisan menarik untuk dicuba termasuklah Sizzling Brownies, Magnum Ice Cream Pancakes, San Marco Nutella Pizza dan bermacam-macam jenis Freakshakes.
Alamat: No. 9, Jalan PNBB 2, Pusat Niaga Bukit Baru, Seksyen IV, Mukim Bukit Baru, Bukit BaruWaktu Operasi:
1 petang - 9.30 malam (Selasa - Ahad)
2.30 petang - 9.30 malam (Setiap Jumaat)
Tutup setiap Isnin
No. Telefon: +606 284 3488
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
2. Eat at 18 @ Jalan Hang Lekiu
Jom ke Eat at 18 untuk cuba pelbagai masakan Western yang cukup menarik, daripada Salmon Steak ke Roasted Chicken Leg. Antara dessert yang wajib anda cuba pula termasuklah kek Victoria Sponge Splendour yang cukup popular di kafe minimalis ini.
Alamat: No. 18 Jalan Hang Lekiu
Waktu Operasi:
8.30 pagi - 6.30 petang (Isnin - Ahad)
Tutup setiap Selasa
No. Telefon: +606 281 4679
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
3. Halia Inc. @ QuaySide Heritage Centre
Sesi cafe-hopping di Melaka tidak lengkap tanpa berkunjung ke kafe popular Halia Inc. ini! Selain pilihan pelbagai hidangan menarik, anda boleh menikmati pemandangan Sungai Melaka bersama secawan kopi di sini.
Alamat: No. 1 Jalan Merdeka, Quayside Heritage Centre, Bandar HilirWaktu Operasi:
11 pagi - 11 malam (Selasa - Ahad)
Tutup setiap Isnin
No. Telefon: +606 284 1011
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
4. Kaya-Kaya Cafe @ Jalan Tukang Besi
Dengan ruang halamannya yang redup dan menenangkan, kafe cantik ini wajib anda singgah untuk cuba segelas kopi istimewanya iaitu The Baba Coffee. Kopi susu yang dibancuh bersama gula melaka dan ekstrak bunga telang ini memang lain dari yang lain! Hidangan yang lebih berat juga ada tersedia.
Alamat: No. 32, Jalan Tukang BesiWaktu Operasi: 8 pagi - 6 petang (setiap hari)
No. Telefon: +606 281 4089
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
5. The Stolen Cup @ Jalan Hang Jebat
Kafe comel di Jonker Walk ini cukup popular dengan minuman Gula Melaka Latte mereka. Jangan lupa cuba pelbagai jenis kuih-muih Nyonya homemade di sini juga!
Alamat: No. 21A, Jalan Hang Jebat
Waktu Operasi:
9 pagi - 6 petang (Isnin - Khamis)
9 pagi - 11 malam (Jumaat - Ahad)
No Telefon: +6012 300 9130
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
6. Brats & Uni Cafe @ Bukit Beruang
Kafe yang simple dan moden ini sangat sesuai untuk anda yang sukakan masakan Western, terutama sekali English Breakfast. Dessert menarik seperti Salted Egg Yolk Croissant di kafe ini juga wajib dicuba!
Alamat: No. 29 Jalan Ixora, Off Jalan Bukit Beruang, Bukit BeruangWaktu Operasi:
11.30 pagi - 11.45 malam (Isnin - Ahad)
Tutup setiap Selasa
No. Telefon: +606 232 7138
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
7. Bites Cafe @ Jalan Parameswara
Untuk anda yang ingin cuba flavour menarik untuk makan tengah hari atau makan malam, kunjungi Bites Cafe dan nikmati hidangan fusion yang menggabungkan masakan Peranakan dan Western.
Alamat: Jalan Parameswara, Taman Melaka RayaWaktu Operasi:
12 tengah hari - 11 malam (Isnin - Ahad)
Tutup setiap Rabu
No. Telefon: +606 286 0112
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
8. Locahouz @ Jalan Bukit Cina
Anda seorang yang sukakan nature? Kafe berkonsep hijau ini khas untuk anda! Tenangkan fikiran dengan suasana segar di sini bersama pelbagai pilihan kopi dan teh menarik.
Alamat: No. 8, Jalan Bukit CinaWaktu Operasi:
10.30 pagi - 6 petang (Isnin - Ahad)
Tutup setiap Rabu
No. Telefon: +6019 679 3993
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
9. Navy Cafe @ Jalan Hang Lekiu
Kafe kecil yang terletak di Jalan Hang Lekiu ini memuatkan pelbagai hidangan pencuci mulut menarik dalam menu untuk anda cuba, daripada Signature Salted Egg Toast ke Shaved Ice Sugarcane. Untuk yang sukakan dessert sihat, cuba Smoothie Bowls mereka!
Alamat: No.5 Jalan Hang LekiuWaktu Operasi:
9am - 11 malam (Selasa - Ahad)
Tutup setiap Isnin
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
10. The Fat Bee @ Jalan Syed Abdul Aziz
Tidak kira jika anda idamkan masakan tempatan, Western atau dessert, semuanya ada di kafe elegan ini. Rekaan dalamannya yang serba moden juga menjanjikan #OOTD on-point untuk para pengunjung!
Alamat: The Jetty, No 12A Jalan Syed Abdul AzizWaktu Operasi:
11 pagi - 12 malam (Ahad - Khamis)
11 pagi - 1 pagi (Jumaat - Sabtu)
No. Telefon: +606 283 3696
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
11. The Street Kitchen @ Jalan Laksamana
Masakan Western, masakan tempatan, milkshake menarik - semuanya ada! Antara hidangan wajib-cuba di sini ialah Butter Chicken, Asam Pedas Salmon, dan Oreo Milkshake.
Alamat: No 47, Jalan Laksamana, Bangunan MerahWaktu Operasi:
5 petaang - 1 pagi (Ahad - Khamis)
5 petng - 2 pagi (Jumaat - Sabtu)
No. Telefon: +6017 230 0485
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
12. AKUSUKAKOPI @ Lorong Hang Jebat
Untuk anda yang memang serious tentang kopi, kafe yang menyajikan specialty coffee ini khas untuk anda. Kafe yang terletak di Jonker Walk in juga menyediakan Cold Brew.
Alamat: No. 45, Lorong Hang Jebat, Jonker WalkWaktu Operasi:
9 pagi - 10.30 malam (Selasa - Ahad)
Tutup setiap Isnin
No. Telefon: +6012 769 4556
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!