seismik

Kek Coklat Dan 6 Resipi Lain Yang Anda Boleh Hasilkan Guna Periuk Nasi

Periuk nasi bukan untuk masak nasi sahaja ya tuan-tuan dan puan-puan.

Cover image via pinterest.com

Sebenarnya banyak resipi yang boleh dimasak menggunakan periuk nasi dan resipi-resipi ini tidak melibatkan nasi langsung

Image via gr-assets.com

Anda tidak percaya? Ini antara resipi-resipi yang boleh anda praktikkan di rumah menggunakan periuk nasi.

1. Tofu bersama 'asparagus'

Image via buzzfeed.com

Bagi yang sukakan tofu, ini adalah resipi terbaik untuk anda. Ia bukan sahaja senang untuk dimasak, tetapi juga merupakan makanan yang sihat. Resipinya adalah:


1/2 ikat asparagus, dipotong 1 1/2 inci
1/2 blok tofu goreng, dipotong bentuk kiub
1/2 lobak merah, kupas dan dihiris nipis
1 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos kicam manis
1 sudu kecil minyak sayuran
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil madu

Cara memasak:

Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Masukkan bahan ke dalam pinggan kalis haba. Letakkan ke dalam periuk nasi. Masak untuk 15-20 minit.

2. 'Mac and cheese'

Image via buzzfeed.com

Jika anda mahukan resipi 'western', anda boleh cuba 'Mac and Cheese'. Bahan-bahan untuk masakan ini memang amat mudah iaitu:

2 cawan 'macaroni'
1 1/2 cawan stok ayam
1 sudu kecil garam
1 cawan susu
1 1/2 cawan keju yang telah dicincang halus

Cara memasak:

Masukkan 'macaroni', stok ayam dan garam ke dalam periuk nasi untuk dimasak selama 15 minit. Kemudian, masukkan susu dan keju, kacau sehingga sebati, tutup tudung periuk dan masak untuk 20-30 minit. Periksa 'mac and cheese' anda sekali sekala sehingga betul-betul masak.

3. Roti (atau kek) pisang

Image via Pinterest

Bahan-bahan bagi menyediakan resipi roti pisang yang dimasak di dalam periuk nasi adalah seperti berikut:

1 1/2 cawan tepung
3/4 cawan gula putih
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1 cawan pisang yang di lenyek
1/3 cawan mentega yang telah dilembutkan
1/4 cawan susu
1 biji telur
Minyak masak

Cara memasak:

Masukkan tepung, gula, serbuk penaik, soda penaik dan garam ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan pisang yang dilenyek, mentega, susu dan telur. Kacau sehingga adunan menjadi tebal dan berkrim. Anda juga boleh masukkan bahan pilihan anda seperti kacang atau buah-buahan kering.

Sebelum masukkan adunan ke dalam periuk nasi, sapukan minyak masak ke dalam periuk. Masukkan adunan ke dalam periuk nasi. Periksa adunan anda sehingga ia benar-benar masak.

4. 'Bibimbap'

Image via buzzfed.com

Kepada mereka yang meminati makanan Korea, anda boleh menghasilkan 'bibimbap' dengan cara yang mudah. Ok, untuk masakan ini, anda perlukan nasi kerana tanpa nasi, ia akan hanya menjadi "bibim", bukan?

Bahan-bahan yang anda perlukan untuk masakan ini adalah:

280g sayur bayam
Minyak bijan
Cuka beras
Garam dan lada hitam
225g salmon yang di potong setebal 1/4 inci
1 cawan beras, bersaiz serdahana yang telah dibasuh
1 lada hijau, dihiris halus
3 sudu besar kimchi yang telah dicincang
2 biji telur
Kochuj ang atau pes cili korea atau pes cili biasa
Bijan dan daun bawang yang dicincang untuk perhiasan

Cara memasak:

Gunakan fungsi stim, stimkan bayam di dalam periuk nasi kira-kira 8 minit sehingga lembut. Selepas itu, letakkan bayam ke atas tisu dapur untuk dikeringkan dan hiris nipis bayam tersebut dan masukkan ia ke dalam mangkuk. Masukkan minyak bijan, cuka beras dan garam. Taburkan sedikit garam dan lada hitam ke atas salmon, dan stimkan salmon selama lebih kurang 15 minit. Potong salmon kepada kepingan.

Bersihkan periuk nasi dan masak nasi. Masukkan hirisan lada hijau dan kimchi, kemudian kacau nasi sehingga ke dasar periuk nasi. Tuang 2 sudu kecil minyak bijan ke atas nasi dan pecahkan 2 biji telur ke dua belah nasi dengan berhati-hati. Tutup penutup dan masak untuk masa 5 minit.

Setelah masak, susun salmon dan bayam di sebelah telur, tutup dan stim lagi sehingga telur masak. Letakkan pes cili di tengah-tengah nasi.

Apabila sedia untuk dihidang, gaulkan kesemuanya. Ceduk nasi yang telah digaulkan ke dalam pinggan dan taburkan bijan dan daun bawang di atas.

5. Puding pisang

Image via buzzfeed.com

Jika anda ingin membuat pencuci mulut dengan menggunakan periuk nasi, anda boleh mencuba puding pisang. Bagi puding pisang, bahan-bahan yang anda perlukan adalah:

30g mentega yang dicairkan, tambah 60 g mentega yang diasingkan
2 sudu besar gula merah, tambah 1/2 cawan gula merah, diasingkan
1 biji pisang, dihiris halus, tambah 2 biji juga diasingkan dan dilenyek
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu besar susu
1 cawan tepung penaik

Bahan-bahan untu sos karamel pula adalah:
300ml krim
1/2 cawan gula merah
80g mentega

Cara-cara membuat puding:

Ratakan kertas pembakar ke dasar periuk nasi dan tuangkan 30g mentega yang telah dicairkan ke atas kertas tersebut kemudian, taburkan 2 sudu besar gula merah dan ratakan. Susun pisang yang telah dihiris ke atas gula yang di tabur dan letakkan ke tepi.

Campurkan mentega yang telah dicairkan, gula merah yang telah diasingkan, telur, serbuk kayu manis, pisang yang dilenyek dan susu ke dalam mangkuk. Tapis tepung and campurkan ke dalam adunan pisang tersebut. Tuangkan adunan ke dalam periuk nasi yang telah diasingkan tadi.

Ratakan permukaan adunan. Masak untuk 5 minit. Apabila periuk nasi telah ke mod "warm", rehatkan ia untuk 10 minit. Kemudian, masak puding untuk 10 minit lagi. Jangan angkat penutup. Ulang langkah ini untuk dua kali sehingga puding masak. Cucuk sedikit di tengah puding untuk pastikan ia masak iaitu apabila lidi yang anda cucuk tidak melekat puding dipermukaannya. Terbalikkan puding ke atas pinggan. Buang kertas pembakar.

Untuk membuat sos karamel:
Bersihkan permukaan periuk nasi. Masukkan cream, gula merah dan mentega ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Masak sehingga mendidih. Masak dan kacau selama 5 minit sehingga gula hancur ke dalam adunan dan menjadi tebal. Masukkan sos yang di masak ke dalam jag kalis haba.

Apabila sedia untuk dihidang, potong puding pisang dan tuangkan sos karemel ke atas puding dan tambahkan ice cream atau "whipped cream".

6. Oat Badam Vanilla

Jika anda mahukan sarapan oat yang menyelerakan, anda boleh mencuba Oat Badam Vanilla.

Bahan-bahan untuk resipi ini adalah:

1 cawan oat kasar
2 cawan susu soya tanpa gula
1 1/2 cawan air
2 sudu kecil esktrak vanilla
1/2 sudu kecil garam
Badam yang dicincang kasar
Gula merah
'Maple syrup'

Cara membuat:

Masukkan oat, susu soya, air, ekstrak vanilla dan garam ke dalam periuk nasi. Masak menggunakan 'setting' bubur.

Hidangkan, taburkan 'topping' pilihan anda di atas.

7. Kek coklat

Image via Cooking Recipes

Bagi yang menggemarkan kek coklat, anda boleh mencuba resipi ini.

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk penaik 'double-acting'
90ml minyak bunga matahari
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu besar cuka
1 cawan air

Cara-cara memasak:

Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan. Untuk adunan seterusnya, masukkan minyak, ekstrak vanilla, cuka dan air. Kacau sehingga sebati. Campurkan kedua-dua adunan kering dan basah, kacau sehingga lembut.

Sapukan mentega sebagai pelincir ke dalam periuk nasi. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.

Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula iasing ke atas kek.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment