lifestyle

MANGSA-MANGSA PENIPUAN INTERNET

Pelbagai kaedah penipuan di internet dan masih ramai lagi yang yang menyedarinya dan terus menjadi mangsa. Antaranya penipuan cinta internet, penipuan menang cabutan bertuah, penipuan menghadiahkan harta dan lain-lain.

Cover image via

ARTIS JADI MANGSA PENIPUAN INTERNET

Adi Putra ditipu RM19,000

Image via blogspot.com

Pelakon popular dengan filem KL Gangster, Adi Putra dikatakan telah menjadi mangsa penipuan dalam satu sindiket pelaburan di Internet. Ekoran kejadian itu, beliau terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM19,000.

Bagaimanapun, Ady Putra enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut disebabkan ianya bersifat peribadi malah beliau menasihatkan polis supaya tidak menceritakan kejadian itu secara terbuka kepada pihak media mahupun peminat.

“Tolong hormati pendirian saya kerana apa yang berlaku sudah menjadi kes polis. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu kini menjadi milik kerajaan,” katanya.

Menurutnya, dia telah menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan lanjut.

blogspot.com

WANITA TIPU KENA TANGKAP

Mangsa-mangsa penipuan wanita cantik

Image via blogspot.com

SELEPAS sehari Berita TV9 dan blog Nana Unique menyiarkan kisah seorang wanita muda berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Yasmin menipu orang ramai melalui pakej pelancongan yang ditawarkan melalui sebuah agensi pengembaraan, akhirnya beliau berjaya ditangkap polis.

Aktiviti jenayah wanita itu didedahkan oleh sebuah kumpulan forum dalam talian 'WhatsApp' yang mana ahli-ahli forum itu terdiri daripada mangsa dan keluarga mangsa penipuan wanita itu.

Wanita itu dipercayai menjalankan kegiatan melalui agensi penggembaraan yang beroperasi di Sungai Petani, Kedah bersama teman lelakinya dan kebanyakkan pembayaran dan tempahan dilakukan secara ‘on-line’.

Berdasarkan maklumat daripada ahli-ahli forum itu, wanita itu kini ditahan di lokap Balai Polis Jinjang di ibu negara setelah diberkas oleh polis semalam.

blogspot.com

WANITA CANTIK KAKI TIPU

wanita yang dikatakan menipu pelanggan melalui internet

Image via blogspot.com

PARAS wajahnya cantik sekali, muda dan lincah. Namun wanita yang dikenali sebagai 'Yasmin' itu kini dicari dan diburu oleh mangsa-mangsa penipuannya.

Beberapa mangsa yang menyedari tertipu pada Julai lepas, telah membuka forum di laman sosial 'WhatsApp' dengan topik 'Tipah Tertipu'

Menariknya, kumpulan forum dalam laman sosial itu akhirnya berjaya membongkar dan mengesan aktiviti licik wanita yang berusia 24 tahun itu yang telah lama menipu orang ramai melalui pakej pelancongan yang ditawarkan melalui sebuah agensi pengembaraan.

blogspot.com

AIR ASIA TAWAR HADIAH RRM300,000 SECARA TIBA-TIBA

AKU terima e-mel 29 Oktober lepas, daripada Ibu Pejabat Serantau Asia Pasifik AirAsia, memberitahu aku telah menang hadiah Bonus High 5 AirAsia 2013 sebanyak RM300,000.

Gembira tak terkata, kerana e-mel itu menyatakan aku terpilih untuk menerima RM300,000 dibawah program Bonus Istimewa Eksklusif AirAsia 2013 yang didaftarkan selaras dengan Lembaga Permainan Asia (AGB).

Siap e-mel tu bagi tahu nombor siri tiket AirAsia yang telah aku menangi, siapa yang tak percaya, ini nombornya: AirAsia-09-0-96-10, dengan nombor siri; AirAsia / 01/2013, dan no ref; AirAsia / 019/2010007 dalam kumpulan A/6183.

Wow! kaya aku dan butiran yang perlu aku e-mel kembali kepada Jawatankuasa Penganjur Program AirAsia High 5 2013 ialah nama, alamat, warganegara, pekerjaan dan nombor telefon.
Mangkuk hayun betul penipu ni, dia ingat aku bodoh, dia ingat rakyat Malaysia ni mudah ditipu, tak apa aku layan aku balas e-mel tu dengan butiran yang dia orang minta.

Nampak gaya mereka ini mencari mangsa dari kalangan yang berbangsa Melayu, kerana e-mel yang dihantar itu dalam bahasa Melayu ataupun sendiket penipuan itu dari kalangan warga tempatan.

Siap ada nama pegawai yang perlu dihubungi JK Allen di alamat : AirAsia Program Eksklusif, Ibu Pejabat Serantau Asia Pasifik, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

blogspot.com

Pramugari AirAsia

Image via blogspot.com

You may be interested in: