seismik

Orang Yang Fikirkan Resipi Menggunakan 'Blender' Ini Memang Genius

Tak perlu lagi menguli, hanya perlu kisar dan kemudian bakar.

Cover image via bestlibertypizza.com

Jika minggu lepas anda boleh hasilkan resipi menggunakan periuk nasi, pada minggu ini pula anda boleh cuba resipi dengan menggunakan 'blender' atau pengisar. Selepas ini, pengisar anda akan automatik menjadi pengisar serbaguna

Pizza

Jika anda tiba-tiba terasa rajin nak buat pizza tetapi malas menguli cara 'manual', anda boleh cuba buat pizza dengan pengisar.

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:

2 cawan tepung
1 1/2 sudu kecil yis
3/4 sudu kecil garam
3/4 cawan air panas
2 sudu kecil minyak zaitun

Cara membuat doh pizza:

Masukkan tepung, yis dan garam dalam pengisar dan mula kisarkan adunan. Sambil adunan bercampur (dikisar), masukkan air dan minyak zaitun. Kisarkan selama 1 minit sehingga adunan sebati. Sapukan sedikit tepung ke tapak tangan, alihkan adunan dari pengisar dan uli adunan sehingga berbentuk bulat.

Biarkan selama 10 minit untuk 'crust' nipis.

Kemudian, ratakan adunan tepung ke atas kuali pizza. Ratakan sos dan taburkan bahan-bahan seperti 'pepperoni', 'zaitun', keju atau apa-apa bahan mengikut cita rasa

Bakar pizza selama 10-12 minit sehingga kelihatan rangup.

Hidangan: 2-4 orang.

Pai

Selain itu, anda juga boleh mencuba membuat kulit pai dengan menggunakan pengisar.

Bahan-bahannya adalah:

2 cawan tepung
1 sudu kecil garam
2/3 cawan 'shortening' atau lemak sayuran
5 sudu besar air sejuk

Cara membuat kulit pai:

Masukkan tepung dan garam dalam pengisar. Masukkan 'shortening' dan kisar sehingga 'shortening' menjadi cebisan kecil dan sebati. Sambil adunan dikisar, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi betul-betul sebati. (Jumlah air yang diperlukan mungkin berbeza).

Taburkan tepung ke atas permukaan yang rata. Letakkan adunan yang telah dicampur sebati ke atas permukaan tersebut. Bentukkan adunan menjadi bulat. Bahagikan dan potong adunan kepada dua.

Ambil satu daripada dua doh yang dipotong tadi dan ratakan ke atas acuan pai. Cucuk permukaan pai dengan garpu untuk membuat sedikit lubang. Bakar pai untuk 9-12 minit pada 230 ºC.

Selepas dibakar, taburkan bahan (seperti epal atau nenas atau inti daging) mengikut cita rasa di atas kulit pai dan bakarkan sekali lagi.

Hidangan: 2 pai.

Quiche

Bagi yang meminati 'Quiche', anda boleh mencuba resipi 'Quiche' ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

1 cawan keju 'cheddar' yang dikisar
1/2 cawan daging ayam yang telah dimasak dan dipotong bentuk kiub
1/2 cawan 'zucchini' atau bayam atau 'broccoli' yang telah dicelur
3 biji telur
1/2 cawan campuran 'baking mix' (atau anda boleh mencuba campurkan 1 3/4 cawan tepung, 2 1/2 sudu kecil serbuk penaik, 3/4 sudu kecil garam dan 1 cawan 'shortening' atau lemak sayuran sebagai pengganti)
1/2 sudu kecil garam
1 cubit serbuk bawang putih
1 sudu besar bawang gorang
2 sudu besar daun pasli yang dicincang halus
1 1/2 cawan susu
1/3 cawan minyak zaitun
1/2 sudu kecil serbuk paprika

Cara-cara membuat adalah:

Panaskan ketuhar kepada 175 ºC.

Sapukan minyak atau mentega ke atas acuan pai 9 inci. Taburkan keju ke atas permukaan acuan. Kemudian, taburkan daging ayam dan sayuran.

Masukkan telur, 'baking mix', garam, serbuk bawang putih, bawang goreng, pasli dan susu ke dalam pengisar. Kisar sehingga sebati dan masukkan minyak zaitun. Apabila sudah sebati, masukkan adunan ke atas bahan-bahan tadi.

Selepas itu, taburkan serbuk paprika dan bakar di dalam ketuhar selama 40 minit. Biarkan selama 10 minit sebelum dihidang.

Hidangan: 6 orang.

Waffle

Malas untuk menggaul adunan 'waffle'? Gunakan pengisar.

Untuk resipi ini, anda perlukan:

1 telur
3/4 cawan susu
1/4 cawan minyak sayuran
1 cawan tepung
2 sudu besar 'cornmeal'
2 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil gula
1/4 sudu kecil garam

Cara-cara penyediaan:

Panaskan pembakar 'waffle' anda sementara membancuh adunan.

Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar sehingga sebati. Jangan terlalu lembut atau cair.

Sapukan mentega ke atas pembakar. Tuangkan 1/2 cawan (atau 125 ml) adunan ke atas pembakar. Bakar selama 3-5 minit.

Alihkan 'waffle' ke dalam pinggan menggunakan garpu. Tuangkan madu atau 'maple syrup' mengikut cita rasa ke atas 'waffle' kemudian hidangkan.

Hidangan: 4 waffle.

Mufin kurma bersama oren

Ingin mencuba resipi baru menggunakan pengisar? Anda boleh mencuba resipi mufin kurma bersama oren.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

3/4 cawan kurma tanpa biji, dicarik atau dipotong
1 1/4 cawan tepung serbaguna
1 biji oren, tidak dikupas, dipotong 8 dan dibuang biji
1/2 cawan jus oren
2 biji telur
1/2 cawan mentega, dipotong kecil
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
2 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil soda penaik
1 sudu kecil garam

Cara-cara untuk membuat mufin:

Masukkan kurma ke dalam tepung serbaguna. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Kemudian, masukkan oren dan kisar. Selepas itu, masukkan jus oren, telur dan mentega, kisar sehingga sebati.

Masukkan tepung gandum, tepung serbaguna yang diasingkan, gula, serbuk penaik, soda penaik dan garam ke dalam mangkuk dan gaulkan.

Masukkan adunan kurma bersama oren yang dikisar ke dalam adunan kering. Kacau sehingga adunan sebati.

Sapukan mentega ke atas acuan mufin yang telah dilapik kertas pembakar dan tuangkan adunan ke dalam acuan. Bakar dengan suhu 200 ºC untuk 15-20 minit atau sehingga permukaan mufin menjadi keras.

Hidangan: 12 mufin

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Untuk resipi-resipi menarik yang lain, anda boleh KLIK DI SINI:

Leave a comment