PISANG WARNA MERAH
Pisang Merah, juga dikenali sebagai pisang Red Dacca di Australia, dan di Malaysia banyak terdapat di Sabah dan Sarawak dengan nama Pisang Raja Udang atau Pisang Tembaga.
ADAKAH PISANG KAKI SPESIS PISANG
Pisang kaki sejenis spesies tumbuhan berbuah dalam genus Diospyros dalam famili kayu hitam. Umumnya, buah pisang kaki adalah ringan, berwanra jingga kekuningan atau jingga kemerahan, berbentuk sfera. Buahnya kaya dengan glukosa, dengan profil protein yang seimbang.
SELAIN PISANG MERAH ADAKAH ANDA KENAL PISANG KAKI
Pisang kaki adalah buah-buahan yang rendah kalori (70calories/100g) dan sumber yang kaya dengan serat.
Image via blogspot.comRUPA BBENTUK DAN RASA PISANG
Pisang ini mempunyai kulit berwarna merah-ungu biasanya bersaiz lebih kecil daripada pisang Cavendish biasa. Apabila masak, Pisang Merah mentah mempunyai isi berwarna krim. Ianya juga lebih lembut dan lebih manis daripada pisang jenis Cavendish kuning, dengan sedikit rasa raspberry. Kebanyakan Pisang Merah dieksport dari pengeluar di Asia dan Amerika Selatan ke pasaran Amerika Tengah malah turut dijual di seluruh dunia.
Image via blogspot.comANTARA KHASIAT PISANG
Jika anda berasa kecewa, cuba nikmati keenakan Pisang Merah, sambil merasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif. Pisang juga amat tinggi kandungan unsur besi yang dikatakan mampu membantu fungsi haemoglobin tubuh. Mereka yang mengalami masalah anemia dikatakan boleh mengambil buah pisang untuk menambah unsur besi dalam tubuh.
Image via blogspot.comUNIKNYA PISANG MERAH
PISANG Merah mampu membuatkan anda gembira.
Ini kerana pisang merah mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin.
Dengan memakan pisang ini dikatakan mampu memperbaiki mood seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan.