lifestyle

PJ, George Town Bandar Paling Banyak “Selfie”

Hari ini, perkataan selfie atau mengambil gambar sendiri adalah perkataan yang tidak asing lagi bagi semua orang.

Cover image via

Mengambil kira #hashtag “selfie” yang digunakan di media sosial Instagram, majalah antarabangsa Time mengenal pasti kegemaran selfie paling tinggi dalam kalangan warga bandar di seluruh negara.

Keputusannya, tempat pertama di mana kegemaran selfie amat tinggi adalah bandar Makati yang terletak di Manila, Filipina.

Satu Perubahan Dalam Sajian Berita Online

mynewshub.my

Agak mengejutkan apabila di sebuah bandar kecil dengan penduduk kira-kira 500,000 orang, kegiatan selfie begitu menggila di sini berbanding mana-mana purata penduduk di bandar lain di dunia.

Secara purata, 258 daripada 100,000 orang di Makati didapati mengambil gambar selfie.

Selepas Makati, bandar lain yang dikesan mempunyai gambar selfie terbanyak adalah Manhattan (New York) diikuti Miami (Florida), Anaheim dan Santa Ana (California) serta PETALING JAYA, MALAYSIA yang berada di tangga kelima!

Satu Perubahan Dalam Sajian Berita Online

mynewshub.my

Berdasarkan kajian The Time ini, secara purata 141 gambar selfie diambil bagi setiap purata 100,000 orang di Petaling Jaya.

Turut memasuki carta adalah bandar George Town, Pulau Pinang yang mencatat rekod tinggi selfie selepas Tel Aviv (Israel), Manchester (England), Milan (Itali) dan Cebu (Filipina).

Dianggarkan, 95 gambar selfie diambil daripada setiap 100,000 orang di George Town.

Bagaimana, adakah anda salah seorang daripadanya?
– REM RAMZI

Satu Perubahan Dalam Sajian Berita Online

mynewshub.my

You may be interested in: