Ini Caranya Untuk Hasilkan Resipi Nasi Ulam Paling Ringkas. Jom Buat!
Campak-campak je dah siap! :D
Minggu ini, kami hasilkan resipi yang simple pula iaitu Nasi Ulam. Nasi ulam yang penuh flavour dimakan pula dengan ikan bakar, memang sedap!
Begini caranya untuk membuat Nasi Ulam:
Bahan-bahan:
- 2 cawan beras (ditanak)
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 1 1/2 sudu kecil belacan bakar
- 2 sudu besar udang kering kisar
- 1 sudu besar kerisik
- 4 biji bawang kecil (dihiris)
- 1 batang serai (dihiris)
- 2 helai daun kunyit (dihiris)
- 5 sudu besar daun selasih (dihiris)
- 3 sudu besar daun pudina (dihiris)
- 1 sudu besar daun kesum (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- Limau nipis
Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk, masukkan nasi putih dan serbuk kunyit. Gaul.
2. Masukkan belacan bakar, udang kering kisar dan kerisik. Gaul.
3. Masukkan bawang kecil, serai, daun kunyit, daun selasih, daun pudina, daun kesum, halia dan cili merah. Gaul.
4. Perah limai nipis dan hidangkan dengan ikan bakar.
5. Nasi Ulam sudah siap!
LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!