lifestyle

Rozita Che Wan Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Pasangan sensasi, Rozita Che Wan dan Zain Saidin hari ini menyambut kelahiran bayi pertama mereka. Menurut pengurus Rozita atau Che Ta, Afeeq Inarqio Abdul Wahab, pelakon popular ini selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital KPJ Ampang Puteri Specialist pada jam 2.18 petang tadi. Jelas Afeeq, Che Ta dimasukkan ke hospital pada jam 8.00 pagi tadi setelah mengalami tanda-tanda mahu bersalin. Che Ta bersalin secara normal dan ditemani oleh Zain sepanjang proses bersalin. Menerusi akaun Instagram HLIVE! sebentar tadi, Zain Saidin memaklumkan yang isterinya dan bayinya dalam keadaan sihat dan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan isteri dan anaknya.

Cover image via bloggerwanita.com

Alhamdulillah selamat melahirkan bayi perempuan

You may be interested in: