seismik

[SHARE] Pasport, Kertas Peperiksaan Dan 14 Lagi Kad Kahwin Pelik Dan Sangat Kreatif

Inilah namanya berfikir di luar kotak!

Cover image via thevocket.com

Tak sangka orang Malaysia ni sebenarnya sangat kreatif. Cuba tengok koleksi kad kahwin kat bawah ni. Yang 'last' sekali memang paling epik!

1. iPhone. Pengguna Android tegar rasanya takkan buat kad kahwin macam ni.

2. Pasport. Sah pengantin ni kaki melancong!

Image via thevocket.com
Image via thevocket.com

3. Tiket penerbangan. Haaa yang ni pun sama jugak.

Image via thevocket.com
Image via Facebook
Image via Facebook

4. Bil Elektrik TNB. Mungkin disebabkan stress bil elektrik mahal, maka dijadikannya ilham untuk kad kahwin.

Image via thevocket.com
Image via blogfyna.com

5. Cek Bank. Sama ada pengantin ni kerja kat bank ataupun ahli perniagaan.

Image via thevocket.com
Image via Facebook

6. Al-Quran. Boleh dijadikan sebagai peringatan kepada umat Islam betapa pentingnya kitab ini dalam hidup. Kan?

7. Kad Pengenalan. Semangat cintakan negara sangat tebal dalam diri.

Image via Facebook
Image via thevocket.com

8. CD Ombak Rindu. Tak dinafikan, memang ramai yang sukakan filem Ombak Rindu. Kalau tak, takkan lah sampai dapat RM11.2 juta kutipan.

Image via kahwinmall.com

9. Buku latihan sekolah. Ini benar-benar mengimbau kembali zaman nakal-nakal kat sekolah dulu.

Image via thevocket.com
Image via thevocket.com
Image via thevocket.com

10. Pembalut coklat. Mungkin makanan kegemaran pasangan mempelai ialah coklat Cadbury?

11. Bungkusan PosLaju. Alang-alang kad kahwin kena pos kat ramai orang, apa kata buat macam ni terus. Satu idea yang bijak!

Image via thevocket.com

12. Tiket perlawanan bola sepak. Nampak tak betapa dahsyatnya pengaruh bola sepak tempatan sekarang?

Image via thevocket.com
Image via thevocket.com

13. Twitter, Facebook dan laman web. Sesuai lah dengan zaman sekarang. Tiap-tiap hari pun kita menghadap internet betul tak?

14. Muka depan surat khabar. Bukan artis je yang boleh masuk muka depan. Pengantin pun boleh!

15. Kertas peperiksaan. Kalau sebelum ni, siapa-siapa pun mesti takut bila dapat kertas ni kan? Tapi sekarang tidak lagi.

Image via thevocket.com
Image via thevocket.com

16. Plastik ubat klinik. Macam ni pun ada? Terkedu, geleng kepala, 'speechless' dan tak tahu nak cakap apa. Kreatif sangat ni.

Image via Facebook

Ada lagi kad kahwin kreatif yang kami tertinggal? Kongsikan gambar koleksi anda kepada kami di Facebook atau di Twitter. Kad kahwin terbaik akan kami sertakan ke dalam artikel ini kemudian.

Bercakap tentang kahwin, apa kata kita lihat senarai perkara yang sebenarnya tak diperlukan dalam perkahwinan DI SINI:

You may be interested in:

Leave a comment