Sungai Bangang Dan 10 Lagi Tempat Yang Cantik Gila Di Malaysia Tapi Nama Sangat WTF!

Inilah yang dinamakan indah rupa dari khabar. Jom kita layan.

  • Cover image via SAYS

1. Sungai Bangang

Image via SAYS

Tidak ramai yang mampu sampai ke sini memandangkan lokasinya yang sangat jauh dan tinggi.

Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pendaki gunung di Malaysia. Ia sering digabungkan kepada singkatan CBL yang terletak di Terengganu.

blogmazeer.com

Image via SAYS

Untuk sampai ke Sungai Bangang ini, pendakian akan bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.

blogmazeer.com

Image via SAYS

Kebiasaannya trek CBL akan bermula daripada Hutan Lipur Chemerong dan seterusnya ke Puncak Chemerong, Puncak Berembun dan akhirnya akan bermalam di Puncak Air Terjun Langsir sebelum kembali semula ke lokasi permulaan.

blogmazeer.com

2. Gunung Besar Hantu

Gunung Besar Hantu terletak di Jelebu, Negeri Sembilan dan merupakan gunung tertinggi di negeri itu dengan ketinggian 1,461 meter dari aras laut. Trek gunung ini juga akan menemukan pendaki dengan air terjun Lata Kijang, iaitu salah satu air terjun tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Air terjun Lata Kijang.

Image via www.welom.org

3. Pulau Kentut Besar / Kentut Kecil

Kedua-dua pulau ini terletak di perairan Pulau Langkawi. Ia merupakan dua diantara lambakan gugusan pulau yang berada di situ dengan pemandangan menarik, pantai pasir putih, dan laut biru yang sungguh jernih.

Image via 500px.com

4. Pulau Babi Tengah

Pulau Babi Tengah atau Pulau Tengah adalah sebuah pulau milik persendirian. Ia terletak sembilan batu nautika dari luar pantai Mersing di Laut China Selatan di luar kawasan pantai timur Johor. Perjalanan dari jeti bot Mersing mengambil masa kira-kira 30 minit.

Dalam tahun 70-an, pulau ini terkenal sebagai kem transit pelarian Vietnam yang kemudiannya ditutup pada awal tahun 80-an.

Image via batubatu.com.my

Image via robertchaen.com

5. Pulau Babi Besar

Pulau Besar, yang sebelum ini dikenali sebagai Pulau Babi Besar, adalah sebuah pulau di luar pantai timur Johor. Ia juga boleh diakses dengan bot dari bandar Mersing (kira-kira 30 minit). Titik tertinggi di pulau ini mempunyai ketinggian 258 meter (845 kaki) dari aras laut.

Ia dikelilingi oleh Pulau Rawa, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi, dan mempunyai ciri-ciri yang tenang, pantai yang bersih, pasir putih dan air biru jernih.

Image via SAYS

Image via SAYS

Image via www.flickr.com

6. Pulau Timba Timba

Pulau Timba Timba merupakan salah satu gugusan pulau kecil yang terletak di kawasan perairan Semporna, Sabah. Antara tarikan popular di sini ialah satu garisan pemisah laut yang boleh dilihat dengan begitu jelas. Warna biru gelap dan warna biru terang seakan-akan terpisah dengan kemas dalam satu jajaran lurus.

Pemisah laut dalam satu garisan.

Image via shahrilshalji.blogspot.my

Image via www.flickr.com

7. Pulau Bum Bum

Pulau Bum Bum dengan keluasan kira-kira 40 kilometer merupakan pulau kedua terbesar di Teluk Darvel yang terletak di Semporna, Sabah. Ia dihuni oleh kaum Bajau, sebuah kumpulan etnik peribumi tradisional yang tinggal di laut. Hanya 40,000 penduduk yang menetap di pulau ini.

Image via jomlahcuti.com

8. Pulau Pom Pom

Pulau Pom Pom juga terletak di kawasan perairan Laut Sulawesi di sekitar Semporna, Sabah. Ia mempunyai tumbuh-tumbuhan tropika yang kaya dan dikelilingi oleh pasir putih dan perairan biru yang memukau mata memandang. Pulau kecil yang mengambil masa kira-kira sejam untuk berjalan ini merupakan tempat perlindungan penyu yang selalu datang pada waktu malam untuk bertelur.

Image via www.mysabah.com

9. Pulau Talang-Talang

Kawasan perlindungan marin pertama Sarawak, Taman Negara Talang-Satang meliputi kawasan seluas 19.414 hektar dan telah diwartakan pada tahun 1999 untuk meningkatkan pemuliharaan penyu. Taman ini merangkumi kawasan pantai dan perairan sekitar empat pulau; Pulau Talang-Talang Besar dan Pulau Talang-Talang Kecil (terletak di luar Sematan), dan Pulau Satang Besar dan Pulau Satang Kecil (terletak di luar Santubong).

Image via apple101.com.my

Image via thatsofarah.com

10. Pulau Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang merupakan salah satu pulau paling popular di Taman Marin Tun Sakaran di kawasan perairan Semporna, Sabah.

Bohey Dulang sangat terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan di bahagian atas puncak. Lihat saja gambar-gambar di bawah. Pasti ramai yang sukar mempercayai pulau ini sememangnya terletak di Malaysia.

Image via www.flickr.com

11. Pulau Susu Dara

Pulau Susu Dara terletak berhampiran dengan Pulau Perhentian. Di sekitar pulau ini terdapat gugusan pulau kecil iaitu Pulau Susu Dara Besar, Pulau Susu Dara Kecil dan Pulau Tokong. Kebiasaannya tetamu yang tinggal di Pulau Perhentian akan dibawa ke sini untuk snorkeling.

Image via www.flickr.com

Image via blogspot.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment