1. Petronas - Ke Pangkuan Bonda. Ternyata mengimbau kembali sambutan raya zaman kanak-kanak dulu di kampung.
2. Telekom Malaysia - ADIK. Celoteh adik kecil ini memang comel dan tak jemu untuk dilihat berulang kali.
3. RTM - Ini Baru Raya! Memaparkan gaya hidup orang zaman sekarang yang terlalu sibuk dengan 'gadjets'. Tapi part selfie yang last sekali tu memang cool.
4. Nissan - Atuk. Seronok tengok atuk bersiar-siar dengan nenek. Tapi ada twist sikit. Kesian atuk.
5. Media Prima - Anugerah Syawal. Berat hati atuk dengan nenek nak lepaskan anaknya balik ke rumah. Sampai sanggup lakukan macam-macam helah.
6. TV AlHijrah - Kemuliaan Syawal. Pesanan ayah buat anak perempuannya beserta babak-babak ketika membesar memang meruntun jiwa. Latar belakang lagu Fynn Jamal lagi menambahkan 'feel' sedih.
7. RTM - ANUGERAH. Hidup mempunyai seorang abang yang kurang upaya memang mencabar. Namun walaupun kurang upaya, hatinya lebih mulia daripada kebanyakan orang yang cukup sifat.
8. JKKN Sabah - Kuih Ibuku. Kasih ibu tiada penghujungnya. Ibu tidak pernah jemu membesarkan anak-anak. Hargailah ibu selagi dia masih bernafas.
9. TNB - Sentiasa Bersamamu. Pekerja TNB komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan. Kerja tetap kerja, Raya tetap Raya.
JUGA DI SAYS: Saksikan video yang dihasilkan SAYS mengenai stereotaip ketika bulan Ramadan