makan

7CAFé Lancarkan 12 Menu 'Ready-To Eat' Dengan Harga Serendah RM5.90. Kenyang & Berbaloi!

Bukan setakat kenyang, sedap dan jimat pula tu!

Cover image via Seismik Makan

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mesti korang pernah rasa pening bila kawan-kawan tanya nak makan dekat mana bukan?

Nak yang sedap, murah, jimat dan senang memang susah nak cari betul tak?

Jangan risau, baru-baru ini kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia melancarkan 12 menu ready-to-eat yang mampu milik di bawah jenama 7 CAFé.

Bukan saja banyak pilihan, makanan daripada 7CAFé sedap dan juga murah. Anda boleh dapatkan dengan harga RM5.90 saja tau!

Antara menu yang ditawarkan ialah Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Telur, Nasi Ayam Pad Kra Pao, Nasi Ayam Masam Manis, Nasi Ayam Kari, Nasi Ayam Kong Pao, Nasi Ayam Kam Heong, Nasi Ayam Nyonya, Pasta Keju Pedas, Pasta Budae Jigae dan banyak lagi.

Image via 7CAFé
Image via Seismik Makan

Terapkan rasa lokal dan kualiti yang tinggi dalam semua resepi

Image via Seismik Makan

Chef Riza Ismail yang merupakan chef di 7CAFé mengatakan bahawa inisiatif 12 menu ini adalah sesuai dengan rakyat Malaysia yang sukakan makanan sedap dan murah. 

Di acara perasmian 12 menu ini di 7CAFé Bandar Puteri Puchong, para media jemputan dapat menikmati sajian sambil memilih Top 4 makanan favourite! 

Antara Top 4 makanan favourite oleh orang ramai adalah Nasi Ayam Masam Manis, Nasi Ayam Kam Heong, Pasta Keju Pedas dan Nasi Ayam Nyonya. 

Semua hidangan bukan saja sedap dan berbaloi, ia juga sesuai untuk semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga orang dewasa. 

Image via Seismik Makan

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan makanan anda di 7CAFé!

Image via 7CAFé

Pelanggan boleh membeli makanan ready-to-eat sambil lepak membaca buku di BookXcess setiap hari di Bandar Puteri Puchong. 

Untuk info lebih lanjut, layari laman web 7-Eleven atau ikuti laman sosial media Facebook dan Instagram 7-Eleven.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

You may be interested in: