Churros+ Cetus Fenomena Dengan Berwajah Baharu & Kini Diiktiraf Sijil Halal JAKIM

Untuk rekod, jenama snek premium Churros+ sebelum ini dikenali sebagai Street Churros.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama snek premium yang kini berwajah baharu, Churros+, mengumumkan kejayaan memperolehi Pensijilan Halal rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tujuh buah cawangannya di seluruh negara

Pencapaian tersebut berjaya diperoleh dalam tempoh kurang enam bulan selepas proses transformasi penjenamaan semula mereka dilakukan.

Kejayaan itu mencetuskan fenomena luar biasa apabila ribuan peminat sanggup beratur panjang membanjiri ketujuh-tujuh outlet berkenaan bersempena pelancaran promosi mega "Let's Celebrate Chu-gether" yang menawarkan potongan harga sebanyak 50%.

Penjenamaan semula daripada nama asal Street Churros kepada Churros+ dilakukan bagi membawa imej yang lebih moden, segar dan berani serta lebih relevan dengan gaya hidup digital pelanggan di Malaysia.

Sambutan luar jangkaan terhadap kempen yang berlangsung dari 22 hingga 24 Mei 2026 yang telah berlangsung baru-baru ini menyaksikan kesesakan luar biasa di tujuh lokasi utama iaitu:

  • Pavilion Bukit Jalil
  • IOI City Mall
  • One Utama
  • MyTown
  • NU Sentral
  • The Exchange TRX
  • AEON Seremban 2

Pengaruh serbuan ini didorong oleh penebusan baucar potongan 50% untuk semua item yang ditawarkan secara eksklusif menerusi aplikasi Cornery Food App.

SAYS.com
Image via @churrosplusmy (Instagram)

Lebih banyak menu inovasi & ganjaran digital menanti

Pengarah Urusan Cornery FNB Sdn. Bhd., YBhg Dato' Joe Tan Kwang Wee, menegaskan bahawa bagi syarikat, pensijilan halal bukan sekadar logo semata-mata, melainkan satu tanggungjawab besar dalam memastikan standard kebersihan, operasi dan pemilihan bahan mentah berada pada tahap terbaik.

"Pensijilan halal ini mencerminkan usaha berterusan Churros+ dalam memberikan produk berkualiti tinggi, bersih dan diyakini. Promosi mega ini adalah tanda penghargaan terima kasih kami atas sokongan padu para pelanggan sejak era Street Churros lagi," ujar beliau.

Bagi pelanggan yang terlepas promosi mega tersebut, Churros+ memberi bayangan bahawa lebih banyak siri promosi hebat, baucar diskaun eksklusif serta barisan menu inovasi eksperimental yang unik akan diluncurkan secara berkala tidak lama lagi. Semua ganjaran ini boleh diakses secara mudah dengan memuat turun aplikasi Cornery Food App di Apple App Store atau Google Play Store.

Sebagai jenama yang sentiasa dinamik, Churros+ juga terus membezakan diri mereka melalui pengenalan menu kreatif yang digoreng segar mengikut pesanan seperti Joy Loop (churros berbentuk reben), Heart Filling (churros berinti sos premium), serta menu inovasi unik bertaraf lokal seperti Nasi Lemak MakChu, Hokkaido Cheese Churros dan Honey BBQ Churros.

SAYS.com
Image via @churrosplusmy (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: