makan

IKEA Mengadakan Promosi 12 Ketul Swedish Meatballs Untuk RM3 Je Sempena 12.12. Bestnya!

Hanya terhad untuk 12 Disember 2019 sahaja tau. Jom terjah!

Cover image via @ikeamalaysia & @kamini_karthigesu

Antara menu wajib apabila mengunjungi restoran IKEA ialah Swedish Meatballs yang begitu enak sekali

Image via vitdaily

Manakan tidak, hidangan bebola daging IKEA memang unik dan tidak boleh didapati di tempat lain. Rasa bebola daging memang lazat dan juicy. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama gravy dan sos kranberi. Sedapnya!

Sempena 12.12, IKEA mengadakan promosi 12 bebola daging hanya untuk RM3. Murah betul!

Image via ikea.com
Image via ikea.com

Terma dan syarat:

  • Terhad kepada 2 saiz hidangan untuk satu FAMILY card.
  • Sehingga stok habis.
  • Untuk dinikmati di restoran IKEA sahaja.
Anda bukan ahli IKEA FAMILY? Jangan risau, anda boleh mendaftarkan diri di sini secara percuma. 

Promosi ini hanya terhad untuk 12 Disember 2019 sahaja tau! Tunggu apa lagi? Jom serbu restoran IKEA sekarang juga. :D

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi promo makanan yang best di sini:

You may be interested in: