makan

Lebih 7k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Kulit Tortilla 'Homemade' Guna 3 Bahan Je!

Jom hasilkan resepi kulit tortilla sendiri di rumah. Lagi murah dan sedap tau!

Cover image via Ana Mohd

Jika anda mahu memulakan diet seimbang, tortilla wrap sememangnya salah satu hidangan yang terdapat di dalam menu anda

Image via cikpinz
Image via sunahsakura
Image via herworld

Manakan tidak, tortilla wrap mempunyai kandungan karbohidrat yang lagi rendah dari nasi. Resepi tortilla juga sangat mudah untuk disediakan. 

Tetapi sebenarnya, kulit tortilla sangat ringkas untuk dihasilkan di rumah. Malah, lebih murah kerana hanya menggunakan 3 bahan-bahan asas yang anda pasti boleh dapati di dapur anda.

Untuk resepi kulit tortilla ringkas yang hanya menggunakan 3 bahan, ikuti resepi perkongsian pengguna Facebook Ana Mohd yang telah mendapat sebanyak 7.5k shares!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar minyak masak atau minyak zaitun
  • 3/4 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan air panas

Ikuti cara-cara membuatnya pula:

  1. Gabungkan semua bahan-bahan dah gaul sehingga rata. 
  2. Apabila adunan sudah mula menjadi suam, ulikan doh sehingga menjadi lembut.
  3. Letakkan doh ke dalam mangkuk dan tutupkan dengan kain. Rehatkan selama 20 minit.
  4. Hasilkan bebola kecil dan canaikan sehingga leper menggunakan penguli.
  5. Bakar di atas kuali leper tanpa menggunakan minyak. Biarkan masak selama 1 minit untuk setiap belah ataupun sehingga sudah bertompok.

Untuk cara-cara membekukan tortilla:
  1. Bakarkan tortilla selama 1 minit.
  2. Biarkan tortilla sejuk seketika.
  3. Masukkan ke dalam plastik kedap udara atau bekas dan bekukan.
  4. Apabila sudah siap untuk di masak, nyahbekukan tortilla dan bakarkan sehingga masak.

Apabila tortilla sudah siap dibakar, inilah hasilnya. Mudah, pantas dan menjimatkan!

Resepi ini juga sangat sesuai buat anda yang ingin menyediakan bekalan makanan kerana resepi ini boleh menghasilkan tortilla dalam kuantiti yang banyak. Anda juga boleh meletakkan menghasilkan pelbagai resepi menarik mengikut cita rasa anda. Sedapnya!

Selamat mencuba!

Sumber resepi: Ana Mohd

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Jom check out banyak lagi resepi-resepi sihat & mudah di sini:

You may be interested in: