Lelaki India Masak Nasi Lemak Raih Perhatian – “Bersih Betul Walaupun Masak Di Luar”

Betul-betul macam orang Malaysia buat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Dad's Cooking Show

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nasi lemak boleh dinikmati di mana-mana tidak kira gerai tepi jalan, kafe hipster mahupun restoran besar

Hidangan ikonik Malaysia ini kekal menjadi antara makanan yang tetap teguh merentas zaman dengan mula nasi lemak 50 sen sehinggalah nasi lemak RM20 banyak lagi jenis-jenis nasi lemak yang ada.

Gabungan nasi lemak beraroma santan diiringi kacang tanah goreng dan ikan bilis rangup ditambah lagi dengan telur rebus dan sambal yang wajib cukup dengan rasa manis dan pedas menjadikannya sangat ikonik.

Baru-baru ini satu video dari YouTuber memasak terkenal dari India iaitu Dad's Cooking Show yang memasak Nasi Lemak sebagai menu pilihan mereka.

SAYS.com
Image via Dad's Cooking Show

Ramai netizen Malaysia bangga dan hargai Dad's Cooking Show

Rata-rata komen di YouTube memuji tukang masak kerana masak sama macam gaya orang Malaysia memasak nasi lemak cuma dalam skala lebih besar.

Dalam video tersebut ramai tidak menyangka cara memasaknya betul-betul sama seperti orang Malaysia buat sehingga tidak ada benda untuk dikritik.

SAYS.com
Image via Dad's Cooking Show

Ada juga beberapa netizen yang memuji nasi lemak yang dimasak itu kelihatan lebih mewah dari beberapa kedai nasi lemak viral di Malaysia.

"Saya terhidu aroma nasi..sambal dan ayam goreng tu sampai sini. Terliur dah."

"Terbaik! Inilah nasi lemak asli dengan ayam berempah. Nampak sedap dengan susunan di pinggan yang sangat cantik"

"Nasi lemak Malaysia dorang memang padu… Tq uncle India promosi makanan Malaysia"


"Padu nasi lemak ini. Tengok warna nasi pun dah tahu mesti pakai santan asli,"

"Video ni buat saya rindukan rumah di Malaysia. Salam dari Lipis."

SAYS.com
Image via Dad's Cooking Show

Video memasak nasi lemak ini nyata dibuat dengan 'research' yang cukup bukan sekadar mengikuti resipi sahaja. Perkara ini wajar dipuji setingginya!

Video penuh:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: