makan
Resepi Viral 'Cilok Setan' Dari Indonesia Buat Netizen Tak Keruan Untuk Cuba!
Pedas sangat ke sampai setan ni?
Cover image via
IkmlZlkfli
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama bawang cincang dan biarkan ia menggelegak dan tutup api kemudian sejukkan.
2. Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung gandum, garam, kiub pati ayam, daun bawang, isi ayam dan air rebusan bawang putih dan gaul sedikit.
3. Tambahkan tepung ubi kemudian gaul sebati doh cilok.
4. Panaskan air dan masak cilok sehingga ia terapung.
5. Untuk sambal setan. Kisar kasar bawnag merah, cili merah, cili padi dan bawang putih.
6. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
7. Perisakan sos cili, kicap cair, garam bersama gula dan sambal setan dah siap!
Siapa je yang tak gemar makanan dari Indonesia, mesti korang dah terbayang Nasi Padang, Soto dan Bakso kan?
Baru-baru ini tular satu video dari pempengaruh sosial media iaitu Norreen bersama pembantu rumahnya membuat dan menjual resepi cilok setan.
Ramai yang teruja dengan cara pembuatan dan tahap kepedasan sambal atau sos yang dibuat oleh pembantu rumahnya. Sampai berpeluh dibuatnya!
Nak tahu cara nak buat Cilok Setan tu? Jom tengok resepi di bawah:
Image via @IkmlZlkfli (Tiktok)
Inilah resepi Cilok Setan yang mudah dan senang untuk dibuat:
Bahan-bahan cilok:
- Air (secukupnya)
- 2 sudu besar bawang putih cincang (guna 2-3 senduk saiz sederhana)
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu besar garam
- 1/2 kiub pati ayam
- 20g daun bawang dicincang
- 500g isi ayam cincang
- 2 sudu besar tepung ubi
- 2 biji bawang merah
- 2 biji cili merah
- 6 biji cili padi
- 1 sudu besar bawang putih cincang
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu kecil kicap cair
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil gula
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama bawang cincang dan biarkan ia menggelegak dan tutup api kemudian sejukkan.
2. Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung gandum, garam, kiub pati ayam, daun bawang, isi ayam dan air rebusan bawang putih dan gaul sedikit.
3. Tambahkan tepung ubi kemudian gaul sebati doh cilok.
4. Panaskan air dan masak cilok sehingga ia terapung.
5. Untuk sambal setan. Kisar kasar bawnag merah, cili merah, cili padi dan bawang putih.
6. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
7. Perisakan sos cili, kicap cair, garam bersama gula dan sambal setan dah siap!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram dan Tiktok sekarang!
Image via SeismikMakan