makan

Nasi Nanas, Nasi Daun Pudina & 7 Lagi Hidangan Nasi Yang 'Flavourful' Anda Boleh Hasilkan

Kalau anda dah bosan selalu masak nasi putih je, bolehlah cuba hidangan nasi istimewa ini!

Cover image via My Resipi

1. Nasi Permata Delima

Nasi Permata Delima

Image via My Resipi

Bukan sahaja rupa nasi ini sangat cantik, tetapi Nasi Permata Delima ini juga amat sedap. Menggunakan beras basmati dan dimasak bersama halia, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, daun pandan dan susu cair untuk memberikan sedikit rasa creamy. Hidangan ini juga begitu istimewa! Para tetamu yang datang pasti akan teruja.

Dapatkan resipi penuh Nasi Permata Delima di sini.

2. Nasi Beriani Ikan

Nasi Beriani Ikan

Image via My Resipi

Anda yang gilakan nasi beriani, anda pernah cuba Nasi Beriani Ikan ini? Nasi beriani ini merupakan gabungan ikan tenggiri, kacang gajus serta rempah ratus seperti bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan serbuk kari. Nampak macam rumit, tetapi sebenarnya simple sahaja.

Dapatkan resipi penuh Nasi Beriani Ikan di sini.

3. Nasi Nanas

Nasi Nanas

Image via My Resipi

Sukakan sesuatu yang sedikit manis? Anda pasti akan menyukai resipi Nasi Nanas ini. Bahan-bahan untuk menghasilkan nasi ini ialah bawang merah, bawang putih, susu cair, mentega, nanas serta pelbagai rempah ratus. Akhir sekali, lengkapkan hidangan ini dengan menabur sedikit bawang goreng dan daun bawang. Hidangan Nasi Nanas ini sangat enak untuk dimakan lebih-lebih lagi dengan kari ayam. Memang padu!

Dapatkan resipi penuh Nasi Nanas di sini.

4. Nasi Kismis Ayam

Nasi Kismis Ayam

Image via My Resipi

Bagi mereka yang ingin hasilkan nasi yang cepat untuk dibuat dan menggunakan bahan-bahan yang simple, bolehlah ikuti resipi Nasi Kismis Ayam ini. Yang menjadikan nasi ini sangat flavourful ialah nasi ini dimasak dengan ayam serta dimasukkan lagi kiub stok ayam. Apabila nasi sudah dimasak, tabur sedikit bawang goreng. Sedapnya!

Dapatkan resipi penuh Nasi Kismis Ayam di sini.

5. Nasi Beriani

Nasi Beriani

Image via My Resipi

Hidangan nasi yang cukup popular ini sebenarnya tidak rumit pun untuk dihasilkan. Bahan-bahan yang anda perlu untuk membuat Nasi Beriani ini ialah beras basmati, bahan tumis, daun kari, daun pudina, daun ketumbar, kismis, minyak sapi, rempah beriani dan pelbagai rempah ratus. Hidangkan bersama sayuran seperti hirisan timun, lobak merah dan bawang merah. Masak Nasi Beriani untuk dinner pun best juga!

Dapatkan resipi penuh Nasi Beriani di sini.

6. Nasi Hujan Panas

Nasi Hujan Panas

Image via My Resipi

Belum pernah cuba Nasi Hujan Panas? Nasi berwarna-warni yang unik ini boleh anda hidangkan kepada keluarga. Nasi ini sangat berperisa kerana ianya dimasak bersama marjerin, tomato, susu cair, halia, daun pandan dan lain-lain. Sangat sesuai dimakan bersama lauk Gulai Kambing. Hidangan nasi ini pasti disukai ramai!

Dapatkan resipi penuh Nasi Hujan Panas di sini.

7. Nasi Daun Pudina

Nasi Daun Pudina

Image via My Resipi

Ingin hasilkan nasi yang berperisa minty pula? Anda pasti akan sukakan resipi yang cukup senang dan istimewa ini. Nasi Daun Pudina ini hanya menggunakan 6 bahan sahaja, iaitu santan, daun pudina, kismis, minyak dan bawang merah. Hidangkan nasi ini untuk keluarga, memang confirm mereka tambah nasi!

Dapatkan resipi penuh Daun Pudina di sini.

8. Nasi Jagung Simple

Nasi Jagung Simple

Image via My Resipi

Anda bosan selalu menghidang nasi putih dan ingin mencuba sesuatu yang berbeza dan lebih mudah? Tentu sekali anda akan suka hidangan menarik ini, iaitu Nasi Jagung Simple. Yang membuat nasi ini sedikit berperisa ialah kerana nasi ini dimasak bersama bawang putih, halia, kayu manis, serbuk pati ayam dan jagung untuk memberi sedikit rasa manis. Jom hidangkan Nasi Jagung Simple ini!

Dapatkan resipi penuh Nasi Jagung Simple di sini.

9. Nasi Goreng Petai

Nasi Daun Petai

Image via My Resipi

Jika anda atau keluarga anda sukakan petai, hidangan Nasi Goreng Petai ini boleh anda hasilkan. Mengandungi bahan-bahan seperti petai, udang, sotong, dan sayuran, hidangan ini memang lazat. Nasi ini enak dimakan bersama lauk-pauk yang menyelerakan serta boleh juga dimakan begitu sahaja!

Dapatkan resipi penuh Nasi Goreng Petai di sini.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi menarik dan ringkas di bawah: