makan

Seismik Makan Perkenal Siri '14 Negeri 14 Laksa' Sempena Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia!

Ini merupakan tahun ketiga Seismik Makan hadir dengan siri #14Negeri14Resepi.

Cover image via Seismik Makan

Seismik Makan dengan bangganya membawa kembali siri '14 Negeri 14 Resepi' untuk tahun yang ketiga sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia

Bila sebut je pasal Malaysia, mesti orang ramai akan ingat tentang makanan tradisi yang di negara kita.

Untuk itu, Seismik Makan akan keluarkan siri spesial khas untuk menyambut Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia. 

Pelbagai makanan tradisi dari setiap negeri yang telah dikongsikan. Daripada Sanggar Papek dari negeri Sabah sampailah ke Air Katira dari Johor. Semua makanan dan minuman ini mempunyai ciri-ciri yang unik tersendiri. 

Image via GIPHY

Tapi dengar cerita untuk tahun 2024 ini nak buat kelainan sikit. Betul ke?

Image via GIPHY

Seismik Makan akan melancarkan siri terbaru iaitu #14Negeri14Laksa bermula dari 16 Ogos 2024 sehingga 16 September 2024. 

@seismikmakan

Sempena Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia Seismik Makan akan bawakan siri khas iaitu #14Negeri14Laksa Nantikan pelbagai konten-konten menarik berkaitan dengan laksa yang bakal kami kongiskan! #sibukmakan #makan #laksa #laksamalaysia #laksajohor #laksasarawak #ManisPahitBersama #MalaysiaPalingBest

original sound - SeismikMakan - SeismikMakan

Siri ini memaparkan konten-konten yang menarik dan unik berkaitan dengan laksa. Daripada video resepi sehingga ke video mencuba pelbagai laksa yang ada di Malaysia.

Haa, tunggu apa lagi? Jangan lupa saksikan konten-konten yang menarik untuk siri #14Negeri14Laksa ini!

Image via Seismik Makan

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram dan Tiktok!

Image via Seismik Makan

You may be interested in: