Tak Ada Idea Nak Masak Untuk Buka? Ini Cara Penyediaan 'Ikan Siakap Stim' Bawah 10 Minit!
Mudah dan sedap.
Sebulan berpuasa, sudah tentu kita akan kehilangan idea nak masak apa untuk berbuka betul tak?
Jangan risau, kami ada idea untuk anda yang nak masak lauk ikan. Ikan tiga rasa dah biasa makan kan? Apa kata kita masak ikan masak stim, rasa fresh dan sedap!
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1kg Siakap (dibersihan)
- 1 batang Serai (tumbukkan)
- 2 keping Halia (dihiriskan)
Bahan untuk sos:
- 120ml Aiskrim Soda F&N
- 2 sudu besar Jus limau
- 2 sudu besar Sos ikan
- 5 ulas Bawang putih (cincang)
- 2 batang Cili padi (dihiriskan)
- 30g Daun ketumbar (cincang)
- 2 batang Serai (dihiriskan)
- 2 sudu kecil Gula
Cara penyediaan:
1. Isikan serai dan hirisan halia ke dalam perut ikan. Kukuskan ikan selama 15 minit.
2. Masukkan bahan untuk sos kecuali daun ketumbar dalam periuk. Masak selama 5 minit. Masukkan daun ketumbar cincang, kacau rata.
3. Selepas ikan masak, buangkan air dalam pinggan. Tuangkan sos di atas ikan.
4. Nikmati!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!