[TIPS] Ini Cara Buat Stok 'Bawang Kisar' Supaya Tahan Lama, Boleh Tahan 2 Bulan Tak Rosak!
Jimat masa bila nak masak next time.
Meal prep sudah tentu merupakan perkara yang paling leceh dalam proses penyediaan makanan
Kalau dah tahu nak masak apa, memang senang saja, tinggal campak-campak kan? Tapi sebelum masak, sudah tentu kita kena sediakan bahan-bahan, kupas bawang dan cincang.
Perkara ini kadangkala boleh mengambil masa yang lama kerana bahan untuk dimasak itu perlukan kuantiti banyak.
Apa kata kita sediakan siap-siap buat stok dekat rumah supaya next time nak masak lagi jimat masa dan memudahkan. Tapi kadangkala stok yang kita simpan dalam peti cepat basi dan berkulat.
Haa, nak tahu cara atau tips buat stok bawang kisar supaya jadi lebih tahan lama? Jom belajar cara-cara di bawah!
Cara penyediaan:
1. Cincang kasar bawang yang hendak dikisar.
2. Masukkan bawang ke dalam blender.
3. Kemudian, masukkan sedikit minyak masak dan kisar.
4. Simpan bahan kisar ke dalam bekas. Selepas itu, tambah lagi minyak masak secukupnya.
5. Masukkan dalam peti sejuk.
Tips penting: Jangan kisar menggunakan air kerana bawang akan bertukar warna dan menjadi tidak tahan lama.
Kredit: Syazwan Ahmad (Facebook)
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!